in

“Tak sempat besar dengan ayahnya” – Misteri Lelaki Hilang 9 Hari Terungkai, Mayat Ditemui Dalam Longkang

Mayat Dijumapi Lepas 9 Hari Hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, seorang lelaki berusia 33 tahun dilaporkan hilang, akhirnya misteri itu terungkai apabila mayatnya ditemui di dalam longkang bersama motosikal yang dinaikinya.

Menurut laporan Buletin TV3, lelaki yang merupakan seorang pembantu bot di Jeti Kota Kinabalu itu difahamkan sudah hilang sejak sembilan hari yang lalu, mayatnya ditemui di Jalan Kota Kinabalu-Papar berhampiran Kem Lok Kawi.


Mangsa yang dikenali sebagai Sefuan Taha itu dijumpai oleh seorang tukang potong rumput yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintenden DSP Sammy Newton memberitahu pihaknya menerima laporan penemuan mayat itu daripada orang awam kira-kira jam 8.30 pagi.

Cats 8

Difahamkan, kejadian tersebut berpunca daripada motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan ketika mangsa dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menghala ke Papar.

Kehilangan mangsa dilaporkan oleh ahli keluarga pada 23 Julai lalu selepas mangsa tidak pulang ke rumah, usaha mencari dan mengesan dijalankan oleh pihak polis serta dibantu oleh ahli keluarga dan rakan sekerja.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) I untuk proses bedah siasat, polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat kepada pihak polis.

Selain itu, pihak polis meminta agar orang ramai tidak menyebarkan gambar mangsa di lokasi kejadian bagi mengelakkan fakta tidak sahih selain menjaga sensitivit keluarga.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat Dalam But

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.