in

“Tak sayang nyawa ke?” – Minah Rempit Tunjuk Lagak Atas ‘Highway’ Buat Netizen Marah

minah rempit superwoman

Gejala perlumbaan haram atau lebih sinonim dengan gelaran Mat dan Minah Rempit ini masih merebak dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya bagi golongan remaja.

Terbaru, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan sekumpulan minah rempit melakukan lagak ngeri dan menunggang motosikal secara berbahaya di sebuah lebuhraya.

cats 29

Untuk video penuh klik di sini.

Bukan sahaja membuat lagak ngeri, mereka turut menunggang secara melulu dan menukar lorong secara sesuka hati.

Berdasarkan rupa dan cara pemakaian, mereka ini adalah golongan wanita memandangkan ada yang memakai tudung serta rambut mereka dibiarkan menggerbang.

“Tak sayang nyawa ke?”

Video berdurasi hampir seminit itu menimbulkan kemarahan ramai netizen, rata-rata memarahi tindakan sekumpulan wanita kerana mereka bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi ia juga boleh membahayakan orang sekeliling.

cats 30

Ramai juga yang tag Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tweet tersebut dan meminta pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan wanita tersebut.

Pun begitu, setakat artikel ditulis masih belum ada kenyataan berkenaan lokasi serta waktu kejadian itu dirakamkan.

Aduhai, bahaya tu! Kalau apa-apa jadi, naya!

Baca: Geng Motor Beratur Panjang Nak ‘Rem’ Motor Dekat Jenazah Sebagai Tanda Penghormatan

Ft Raja Rem Meninggal Dunia