in

Tak Sampai Berapa Minit Diumumkan Sebagai Pemenang, Takhta Ratu Cantik Ditarik ‘On The Spot’ Sebab…

beauty4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya drama dalam pertandingan ratu cantik akan kerap berlaku, sebelum ini kesilapan pengacara mengumumkan nama pemenang dan kini lebih teruk dan agak memalukan buat tuan empunya badan.

Kejadian ini berlaku dalam Pertandingan “Mrs Sri Lanka” yang dijalankan secara langsung di saluran tv dari negara tersebut pada Ahad lalu.


beauty

beauty2

Mula-mula pihak juri telah memilih Pushpika De Silva sebagai penyandang gelaran Mrs Sri Lanka 2020, tapi lepas beberapa minit dia pakai mahkota, Mrs Sri Lanka 2019, Caroline Jurie telah membantah. Dia dakwa bahawa kemenangan peserta itu telah melanggar peraturan.

Menurut Caroline, Pushpika sudah bercerai, tetapi syarat pertandingan mewajibkan pesertanya masih berkahwin.

beauty3

Disebabkan itu, Caroline mengambil semula mahkota di kepala Pushpika untuk dianugerahkan kepada naib juara. Hasil siasatan penganjur pula mendapati Pushpika masih belum bercerai, namun tinggal berasingan dengan suaminya.

Oleh itu, penganjur acara telah mengemukakan permohonan maaf kepada Pushpika dan berjanji akan mengembalikan mahkota yang dimenanginya, lapor Awani.

Bukan sahaja dimalukan, dia juga dilaporkan mengalami kecederaan di kepala semasa mahkota itu ditarik dengan kasar.

Akibat kejadian tersebut, pihak polis telah melakukan siasatan ke atas Caroline atas perbuatannya dan membuat tuduhan terhadap Pushpika.

 

Baca : [Video] 30 Ratu Cantik Jatuh Dalam Air, Lepas Jambatan Gantung Roboh Masa Tengah Syok Ber’posing’

rayu

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.