in

“Tak releven” – Sheikh Muszaphar Kecewa Soalan SPM Keluar Pasal ‘Perkahwinan Idaman’

Collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada ke budak tingkatan 5 dah sibuk fikir pasal perkahwinan idaman dorang?

Baru-baru ini, soalan ujian lisan Bahasa Melayu SPM telah menjadi perdebatan hangat di media sosial gara-gara dianggap tidak sesuai ditanyakan kepada pelajar sekolah.


Malah, Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching turut meminta kementerian untuk sahkan adakah soalan “Apa perkahwinan impian anda” memang benar ditanya ketika peperiksaan lisan tersebut.

Dorang baru 17 tahun, tak sepatutnya fikir pasal perkahwinan kerana banyak lagi isu penting lain dalam kehidupan mereka seperti apa yang mereka nak capai dalam akademik.

Jika benar soalan tersebut ditanya, minta maaf kepada semua pelajar dan ibu bapa mereka, kata Teo.”

Malah, angkasawan negara Sheikh Muszaphar Shukor melalui Facebook peribadinya turut meluahkan kekecewaannya tatkala mendengar mengenai soalan lisan Bahasa Melayu SPM 2022 ini.

Perkahwinan Idaman ‘ tajuk yang diberikan buat pelajar SPM 2022 untuk viva BM. MasyaAllah…”

Menurutnya, ada banyak lagi soalan yang boleh dibincangkan berbanding soalan seperti ini bagi menggalakkan kecergasan minda.

Ada banyak lagi topik hangat lain yang boleh dibincangkan untuk menilai kecerdasan minda…

Pandemik COVID-19, Keberkesanan PDPR, manfaat gajet dan pelbagai lagi yang menjurus kepada topik semasa.”

https://www.facebook.com/100000215220384/posts/5529034903780296/?d=n

“Buat telahan melulu”

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, ada seorang netizen menjelaskan bahawa perkara ini sudah pun dimasukkan di dalam buku teks di bawah tema kebudayaan dan kesenian. Jadi, pelajar SPM perlu menjawah soalan dengan bahan yang membantu melalui pembacaan mereka.

Screenshot 2022 02 16 At 2.09.40 Pm

273620042 10159684076483058 8380058963126670509 N

Oh, bila dah diterangkan macam ni bolehlah faham kenapa soalan macam ni diajukan. Takdelah tetiba student feeling-feeling jawab pasal perkahwinan impian sampai tak masuk langsung apa yang dorang belajar sebelum ni.

Sumber: FMT, Facebook

 

Baca: “Elok sangat ada video” – Pelajar Dikecam Main ‘Fire Extinguisher’ Sempena Tamat SPM

Screenshot 2022 02 16 At 2.30.54 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.