in

Tak Puas Hati Kereta Dihon Sebab Halang Laluan, Pemandu Lori Cedera Dipukul ‘Stranger’

Lori 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di Facebook video seorang stranger bertindak agresif memukul pemandu lori sampah gara-gara keretanya dihon di Jalan 6, Jalan Panchang Bedena Sungai Besar, Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, pihaknya menerima aduan daripada pemandu lori itu sendiri kira-kira jam 9.30 pagi, hari Ahad.


Menurut laporan, pemandu lori itu pada awalnya sedang memandu lori untuk mengutip sampah di kawasan berhampiran sebelum laluannya dihalang oleh sebuah kereta berwarna putih.

Kemudian, pemandu lori itu membunyikan hon untuk meminta suspek mengalihkan kenderannya. Berang keretanya dihon, suspek tersebut datang menghampiri lori dan terus menghamburkan kata-kata kesat kepada pemandu lori tersebut.

Namun, secara tiba-tiba lelaki itu bertindak agresif dengan datang ke arah mangsa yang berada di dalam lori dan memarahinya dengan kata-kata kesat serta mengugut dan memukulnya menggunakan kayu. – Agus Salim

Pihaknya berkata, mangsa yang berusia 37 tahun itu mendakwa tanganya telah cedera dan dia mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam sebelum dibenarkan pulang oleh pihak hospital.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Suka Hati Buang Sampah Dalam Sungai, Pemandu Lori Akhirnya Ditahan Polis

Artikel berkaitan: Pemandu Lori Sengaja Bunyikan Hon, ‘Kasi Ajar’ 2 Kereta Singapura Guna Lorong Lori

Walau bagaimanapun, suspek tersebut masih diburu dan pihak polis memohon mana-mana saksi kejadian itu tampil bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubbungi IPD Sabak Bernam di talian 03-32242222 atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Mohamad Farid Sutrisno Tanjung di talian 019-3224855.

Sumber: Buletin TV3

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.