12 lagu berjaya layak ke Anugerah Juara Lagu ke-33 selepas berentap di pentas akhir Semi Final Muzik-Muzik 33, malam tadi.
Adat bertanding, ada yang kalah ada yang menang tapi ada peminat yang tak berpuas hati dengan lagu-lagu yang terpilih.
Tak puas hati keputusan AJL33
Antara lagu yang berjaya ke AJL33 adalah Semakin (Siti Sarah), Sampai Bila (Misha Omar), Kau Pun Sama (Syamel), Luluh (Khai Bahar) dan Di Matamu (Sufian Suhaimi).
Manakala Haqiem Rusli mempertaruhkan dua lagu – Selamat Tinggal Sayang (STS) dan Jatuh Bangun.
Tapi hanya Jatuh Bangun yang berjaya ke final.
Namun para penyokongnya yang lebih dikenali sebagai Qiemilio, agak tak berpuas hati dengan keputusan itu.
Wow, jangan main-main ye kalau orang dah minat sangat dengan artis!
Juri senja, tak tahu nilai lagu
Lagi berani, ada penyokong kata juri-juri yang membuat keputusan akhir ni dah senja.
Jadi juri-juri tak tahu nak menilai lagu yang lebih baik.
Wah, siapa yang juri professional sekarang ni.Over tau!
Siap ada yang tak dapat tidur memikirkan lagu STS tak ke final!
Jadi juri-juri yang memilih ni kira tak tahu buat kerja ke? Atau sebenarnya standard lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ni dah tak sama macam dulu?
Tapi kalau tengok nama-nama yang terpilih tu not bad juga. Ada gandingan otai dan muka baru.
Macam-macamlah kerenah peminat ni, kelakar kalau nak difikirkan.