Waktu petang adalah waktu yang ramai orang akan keluar bersiar-siar. Ada yang suka keluar jogging, ada juga yang suka berjalan-jalan di taman untuk hidup udara segar.
Korang ingat kita je nak bersiar-siar, haiwan pun nak juga tau. Eh, biar betul?
Kucing dan ayam bersiar-siar naik motor
Di Kelantan, ada seorang lelaki bernama Muhammad Amir Mustapa berkongsi kisah haiwan peliharaan iaitu seekor kucing yang diberi nama ‘Adik Kiss’ dan ayam hutan bernama ‘Long’ yang suka ‘melekat’ antara satu sama lain.
Lelaki yang mesra dipanggil Amir bercerita kepada Sinar Harian yang sudah menjadi rutin harian setiap hari untuk dia bawa dua haiwan peliharaannya itu bersiar-siar naik motosikal waktu petang.
Menurut lelaki ini juga, kucing dan ayam hutan itu bagus sebab diorang memang duduk diam dan tak banyak bergerak waktu diletakkan di bahagian tempat duduk belakang motorsikal. Bagus je duduk diam layan angin sepoi-sepoi bahasa ye.
“Dulu cuma bawa Adik Kiss je, sekarang bawa Long sekali. Tak sangka diorang tenang je naik motor.”
Kadang-kadang duduk atas bahu
Amir menceritakan yang dia tak pernah ajar Adik Kiss dan Long itu berbuat demikian tetapi diorang sendiri yang spontan konon macam sudah biasa nak motorsikal. Mungkin disebabkan hubungan diorang berdua yang rapat, diorang tak banyak ragam bila duduk berdua di atas motorsikal.
“Selain tempat duduk belakang, kadang-kadang diorang ada jadikan bahu saya dan tempat pemegang motorsikal sebagai tempat kegemaran diorang.
Melihat gelagat yang jarang dilihat ini, ramai netizen yang terhibur tengok ayam dan kucing itu bersiar-siar naik motor. Muka diorang pun relax je macam dah biasa.
Comel je tengok diorang kucing dengan ayam tu jadi member. Lain macam.
Sumber: Sinar Harian, Youtube