Perompak atau pencuri lazimnya sukar dikesan oleh pihak polis sebab selalunya mereka dah rancang rompakan dengan begitu licik dan teliti. Lebih-lebih lagi kalau tempat atau rumah yang dirompak tu tak ada CCTV, memang agak susah untuk tangkap dorang ni.
Namun, seorang lelaki yang didakwa telah merompak sebuah bank di Delaware, Amerika Syarikat baru-baru ini pula telah berjaya ditangkap selepas dia dikatakan telah mendepositkan semula wang rompakan ke akaunnya menggunakan mesin ATM bank yang sama, lapor NBC Philapelphia.
Suspek yang dikenali sebagai McRoberts Williams itu didakwa telah merompak bank Well’s Fargo kira-kira pada jam 11.20 pagi dan dia telah memberi sebuah kertas yang tertulis ‘bank telah dirompak’ kepada salah seorang staf bank.
Staf wanita tersebut kemudiannya menyerahkan sejumlah wang kepada lelaki itu dan suspek pun terus beredar dari situ. Namun, dia yang cuma berjalan kaki itu juga dilaporkan telah berhenti di mesin ATM yang terletak di luar premis bank dan telah mendepositkan wang hasil rompakan tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak polis berjaya menahannya ketika dia sedang berjalan untuk melarikan diri.
Sumber: NBC Philapelphia
Baca: “Ni pencuri ke orang gaji?”- Ini 5 Kisah Penjenayah Yang Tak Berapa Bijak