Berita baik untuk warga Selangor dan KL yang dah tak sabar nak ambil vaksin!
Baru-baru ini, Khairy Jamaluddin, menteri yang bertanggungjawab dalam menguruskan vaksin negara ini memberitahu, vaksin AstraZeneca akan diberikan kepada penduduk Selangor dan KL berasaskan “siapa cepat dia dapat”.
Menurut Khairy, keputusan ini dibuat selepas mengambil kira kebimbangan orang ramai ke atas vaksin ini dah hanya akan diberikan kepada orang yang sukarela untuk mengambilnya, lapor The Star.
Kami tak nak biarkan vaksin yang terbukti selamat dan efektif ini terbuang begitu sahaja. Tapi pada masa yang sama kami faham dengan kebimbangan orang ramai mengenai vaksin ini.”
Tambah Khairy lagi, sebelum ini telah dipersetujui untuk tak gunakan AstraZeneca di dalam program imunisasi kebangsaan jadi sebagai langkah proaktif vaksin ini akan ditawarkan kepada orang ramai yang mahu menerima vaksin ini secara sukarela.
Sebelum ini, kebimbangan mengenai vaksin ini telah disuarakan selepas terdapat beberapa kes darah beku berlaku kepada penerima vaksin ini.
Namun Khairy menegaskan kesan sampingan itu sangat jarang berlaku dengan hanya terjadi kepada empat dari satu juta orang di seluruh dunia.
Baca: Pencuri Pulang Balik Beg Berisi Vaksin COVID-19, Siap Tinggalkan Nota Minta Maaf