Nad Zainal dan Sherry Alhadad bermasam muka? Nabila Huda ada bagi respon dan tiba-tiba Sharifah Sakinah pun masuk? Apa kes ni?
Baru-baru ini, timbul desas desus yang mengatakan bahawa hubungan persahabatan antara Sherry Alhadad dan Nad Zainal dikatakan ‘dingin’ dan saling bermasam muka.
Bagaimanapun, ketika ditemuramah Gempak, pengacara dan pelakon Sherry Alhadad menjelaskan bahawa hubungan silaturahim antaranya dengan pelakon drama bersiri Takdir Yang Tertulis masih ada, cuma masing-masing terlalu sibuk dengan hal sendiri.
Malah Sherry juga menjelaskan kepada portal hiburan tersebut bahawa dia masih anggap Nad Zainal seperti adiknya sendiri.
Saya memilih untuk tidak fokus kepada sesiapa yang hilang dari radar, siapa yang ada, ada.” – Nad Zainal
Bagi menjawab spekulasi tersebut, hlive ada menemuramah Nad Zainal berkenaan dengan isu ini, katanya, dia kini tidak mahu fokus kepada mereka yang ‘hilang’ dari radar. Katanya, bab kawan-kawan ini terlalu tidak matang dan hanya mahu fokus kepada suaminya sahaja.
View this post on Instagram
Ia semakin menjadi tumpuan apabila Nabila Huda ada meninggalkan satu komen yang berbaur sindiran di bahagian komen untuk video ini.
Perkara itu makin menjadi perhatian apabila hlive ada temuramah Abil sendiri dan pelakon filem Rahsia ini ada mengulangi kata-kata yang sama seperti komen di atas. Malah Nabila juga turut mengeluarkan kenyataan sinis yang seolah-olah tidak mengenali Nad Zainal.
Dalam pada itu, Nabila Huda dilihat ada membelek telefon bimbitnya dan menunjukkan kepada wartawan bahawa dia telah disekat daripada berhubung dengan Nad Zainal.
“Kalau saya kawan dia, dalam Instagram pasti ada. Saya kena block padahal tidak kenal pun.”
View this post on Instagram
“Fikiran narsistik, kata-kata palsu & sikap denial akan jadi takdir awak” – Sharifah Sakinah
Tak cukup dengan itu, secara tiba-tiba pelakon Sharifah Sakinah juga ada memuat naik satu perkongsian yang juga berbaur sindiran. Dia memuat naik gambar lama yang menunjukkan tanda sokongan kepada Nad ketika sedang sakit sebelum ini.
Malah Sharifah Sakinah juga turut mendakwa yang Nad Zainal bersikap narsistik dan suka memberikan kata-kata palsu.
View this post on Instagram
Alamak, tak ada angin tak ada ribut, macam mana boleh tiba-tiba jadi bergaduh ni? Harap mereka dapat menjaga silaturahim sebab tak silap min diaorang rapat kan sebelum ini? Siap bercuti ke Bali sama-sama lagi sebelum ni.