Tujuh lelaki warga asing dipercayai telah melarikan diri dari pusat kuarantin yang sebelum ini merupakan institusi pengajian di KL.
Apa yang merisaukan, tujuh suspek ni dipercayai positif Covid-19 dan dorang dah hilangkan diri lebih dari 24 jam lepas kehilangan dorang dilaporkan.
Dikatakan, tujuh warga asing ini tak ada di tempat dorang semasa doktor melakukan pusingan untuk memeriksa pesakit yang dikuarantikan. Apabila doktor tersebut memberitahu PDRM dan RELA, hasil siasatan mendapati mereka lari pada awal pagi sebelum waktu sahur, lapor The Star.
Menurut beberapa sumber, tujuh suspek yang melarikan diri ini merupakan warga Indonesia dan Bangladesh yang dipercayai mendapat Covid-19 dari Selangor Mansion, Menara City One dan Kampung Baru.
Hasil siasatan juga mendedahkan yang tujuh lelaki ini telah merosakkan pagar di pusat kuarantin sebelum melarikan diri.
Untuk pengetahuan korang, ini bukan insiden pertama yang pernah berlaku tau. Laporan sebelum ni memberitahu yang seorang lelaki asing pernah melarikan diri di pusat kuarantin yang sama pada 2 Mei lalu.
Hopefully pihak berkuasa dapat cepat kesan dorang.