Sebelum ini kecoh bila ada segelintir rakyat Malaysia percaya yang Covid-19 ini hanyalah agenda illuminati hingga ada yang cakap Dr Hisham pun turut sama bersekongkol menipu rakyat.
Kali ini, lain pula ceritanya bila gambar Dr Hisham yang diambil di Rotary Club tersebar. Disamping itu, banyak teori-teori mengatakan yang Rotary Club ini merupakan Pertubuhan Zionis Sedunia dan banyak melakukan kerja-kerja Freemason atas nama kebajikan.
Tak cukup dengan itu, gambar-gambar ini juga dijadikan bukti untuk “menghasut” orang ramai untuk berhenti percaya kepada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia ini.
Sudahkan kau kenal manusia yang kau taat, patuh dan sembah semua arahannya wahai umat Islam?”
Ekoran ini, seorang netizen telah meminta Dr Hisham menjelaskan tentang keadaan ini, dan Dr Hisham telah memberikan jawapan mengenai isu ini menerusi Twitter peribadinya.
“Saya bukan ahli persatuan ini”
Menerusi link Facebook yang dikongsikan oleh Dr Hisham, ia menunjukkan gambar-gambar ini adalah daripada anugerah yang dia terima dari Royal College of Surgeons of Edinburgh.
Noor Hisham Abdullah, MD, DG Kesihatan, Malaysia, telah dianugerahkan Fellowship Ad Hominem dari The Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd).
Ini pula adalah beberapa respon dari netizen mengenai teori konspirasi ini:
Okay harapnya semua berpuas hati lah ya? Hentikan lah teori-teori konspirasi ni, banyak lagi benda Dr Hisham nak fikir.