in

“Tak ganggu penonton & pemain ke?”- Kereta Api Di Slovakia Ini Lalu Dalam Stadium Bola Sepak

F1 Oddts

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita ke stadium untuk menonton perlawanan sukan, sudah semestinya kita tak suka kalau ada orang yang berbuat bising sehingga mengganggu konsentrasi kita untuk menonton match tersebut.

Namun, stadium bola sepak di Cierny Balog, Slovakia ini pula mempunyai landasan kereta api yang masih digunakan sehingga sekarang.


Memetik laporan Mail Online, landasan kereta api berada di antara tempat duduk penonton dan padang.

2 5

Jadi, setiap kali ada perlawanan bola sepak dan jika ketika perlawanan berlangsung, ada kereta api yang dijadualkan melalui stadium itu, pandangan penonton akan terhalang buat seketika.

Difahamkan, stadium bola sepak tersebut sebenarnya dibina pada sekitar tahun 1980, dan ketika itu, landasan kereta api yang ada di situ sudah tidak digunakan lagi.

Jadi, untuk tempoh sedekad, landasan kereta api di stadium itu tidak digunakan dan hanya menjadi ‘perhiasan’ di situ.

3 5

Namun, pada tahun 1990, ada sekumpulan penduduk di situ yang mula membaiki landasan itu.

Setelah siap dibaiki, pada tahun 1992, ia mula digunakan kembali sebagai landasan kereta api warisan yang digunakan sebagai tempat tarikan pelancong.

Lagi pula, kereta api yang lalu di landasan itu merupakan kereta api lama yang masih menggunakan enjin stim.

Walau bagaimanapun, ada video yang dikongsikan di YouTube, dapat dilihat bahawa fokus pemain dan penonton tidak terganggu.

Ini kerana ada penonton yang melambai-lambai kepada penumpang kereta api terbabit ketika ia melalui stadium itu.

Difahamkan juga, tempoh masa yang diambil oleh kereta api itu untuk lalu dalam stadium itu juga tidaklah lama, jadi lepas tu, penonton dan pemain teruskan sahaja aktiviti masing-masing macam biasa.

Sumber: Oddity Central, Mail Online

Baca: Lelaki Ini Jadi Perhatian Ramai Peminat Wanita Gara-gara Miliki Wajah Iras Cristiano Ronaldo

1 6

Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.