Menurut statistik Polis Diraja Malaysia, sebanyak 22,908 kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan dalam tempoh 2020 hingga Ogos 2023. Namun begitu, kes ini bukan berlaku di Malaysia saja, malah di seluruh dunia termasuk negara jiran kita, Indonesia.
Baru-baru ini, pengacara TV berasal dari Indonesia, Zeda Salim telah dedahkan cubaan dirinya untuk bunuh diri disebabkan tekanan dan penderaan oleh suaminya.
Selain itu, dia juga mendakwa bahawa dirinya tidak mendapat hak dan nafkah seorang isteri walaupun telah berkahwin dengan suaminya, Habib Ali Jindan secara sah dalam agama Islam.
“Sebagai seorang isteri saya seharusnya mendapatkan hak-hak yang telah ditetapkan dalam hukum Islam. Namun saya tidak mendapatkan apa yang sepatutnya.
Malah, dia juga tak diizinkan untuk hamil oleh suaminya sendiri atas alasan yang tak jelas.
“Ya salah satunya saya tidak diperbolehkan untuk hamil tanpa alasan yang jelas.”
Bukan tu saja, dia turut didera secara seksual dan mental oleh suaminya. Disebabkan tu, Zeda telah membuat laporan polis pada 24 Julai lalu atas dakwaan keganasan rumah tangga setelah lebih tiga tahun hidup menderita.
Menurut wakil peguamnya, Zeda pernah membuat cubaan bunuh diri kerana terlalu tekan dengan sikap suaminya.
“Dia (Zeda) sangat terkesan. Jiwa dan fikirannya sangat rapuh kerana mengalami keganasan rumah tangga.”
“Kerana rasa kecewa dengan suami sendiri, dia pernah cuba membunuh diri. Dia mengambil ubat-ubat terlarang.”
Dia juga menghantar satu hantaran di Instagramnya yang meminta untuk diceraikan suaminya secara baik.
Apa-apa pun, kita mendoakan kesembuhan yang cepat untuk Zeda daripada peristiwa ini.