in

Tak Dibawa Ke Pusat Kuarantin, Jumlah Pesakit COVID 19 Meninggal di Rumah Meningkat?

Covid Patient Died At Home

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan kesesakan hospital yang tidak boleh lagi menampung jumlah pesakit COVID 19, pada awal bulan lalu, Menteri Kesihatan, Adham Baba telah memaklumkan bahawa pesakit wabak tersebut yang memiliki gejala ringan atau tiada gejala dibenarkan kuarantin kendiri di rumah saja.

Walau bagaimanapun, menerusi laporan Malaysiakini, jumlah pesakit COVID 19 yang meninggal dunia di rumah kian meningkat di Malaysia. Aduhai… 


Seramai 10 orang pesakit COVID 19 meninggal dunia di rumah pada minggu lepas sebelum mereka sempat mendapatkan rawatan di hospital.

Covid19 Jump Cases255 1591962290

Lebih menyedihkan, pesakit paling muda melibatkan seorang gadis berusia 18 tahun yang meninggal dunia sebelum dia sempat tiba di Hospital Selayang, Selangor. Kematian pesakit ini telah dilaporkan pada 7 Februari lepas.

Hasil semakan portal terbabit, seramai 22 orang yang dijangkiti COVID 19 meninggal dunia sebelum mendapatkan rawatan pada Disember tahun lalu. Manakala 41 orang lagi meninggal dunia pada Januari tahun ini.

Ini bermakna sejak Disember lagi, seramai 73 daripada 512 kematian direkod berlaku sebelum tiba di hospital (data sehingga 8 Februari 2021). 

F

 

Tiada pakar boleh pantau pesakit di rumah 

Kuarantin di rumah pada saat ini memang membantu hospital untuk meringankan beban yang dihadapi mereka namun, tiada pakar kesihatan yang boleh memantau pesakit sekiranya keadaan mereka bertukar menjadi buruk.

Malah kes kematian di rumah ini juga menunjukkan betapa pentingnya Pusat Penilaian COVID 19 (CAC) yang telah ditubuhkan oleh kerajaan di setiap daerah.

Photo 2021 02 08 13 03 37 1612775312
Cac di stadium melawati

Antara CAC terbesar di negara ini ialah di Stadium Melawati, Shah Alam yang boleh menampung sehingga 1,500 pesakit sehari.

CAC ini ditugaskan untuk menilai sama ada pesakit wabak tersebut harus dimasukkan ke hospital, dihantar ke pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC) atau dibenarkan menjalani pemulihan di rumah.

Selain itu, Kementerian Kesihatan juga menasihati pesakit Covid-19 yang dibenarkan menjalani kuarantin di rumah supaya melaporkan keadaan mereka secara berkala melalui aplikasi MySejahtera.

Unnamed

Kalau keadaan bertambah buruk, korang jangan simpan sendiri, eloklah mendapatkan rawatan dengan segera kerana semenjak Januari ini juga katanya, jumlah pesakit COVID 19 yang lebih muda meninggal dunia dilaporkan meningkat saban hari.

Moga-moga kes makin menurun dengan perlaksaan PKP 2.0 ini. 

Baca: “Tak perlu tunggu ambulans” – Pesakit Covid 19 Boleh Ke Pusat Penilaian Dengan Pengangkutan Sendiri

Covid

Sumber: Harian Metro
Sumber: Astro AWANI
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.