in

“Tak boleh laksana umrah, haji” – 2 Penggan*s Warga M’sia Yang Dihantar Pulang Dikenakan Larangan Perjalanan 5 Tahun

tak boleh pergi umrah haji pengganas guantanamo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas hampir dua dekad ditahan di Teluk Guantanamo, Cuba, dua suspek pengganas warga Malaysia yang dihantar pulang telah dikenakan larangan perjalanan selama lima tahun.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, larangan tersebut dikenakan ke atas Nazir Lep dan Farik Amin yang mengaku bersalah pada tahun lalu atas peranan mereka dalam insiden pengeboman Bali yang membunuh lebih 200 orang pada 2002.


Tindakan itu juga dilakukan sebagai sebahagian daripada persetujuan dengan kerajaan supaya mereka kekal dalam negara selama lima tahun, termasuk tidak boleh mengerjakan umrah dan haji.

Nazir Lep 1746687880

Tiada sekatan untuk perjalanan dalam negara, namun mereka dinasihatkan untuk memberitahu polis yang memantau mereka berkenaan lokasi mereka untuk tujuan keselamatan,” katanya kepada portal TwentyTwo13.

Kedua-dua suspek pengganas ini masing-masing dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah tentera Amerika Syarikat (AS) pada Januari 2023 selepas mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan berkaitan pembabitan mereka dalam serangan di Bali.

Sebagai sebahagian dari perjanjian, mereka bersetuju memberi keterangan terhadap suspek utama, Encep Nurjaman atau lebih dikenali sebagai Hambali sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia pada Disember lalu.

Lapor portal berkenaan, penghantaran pulang mereka dilakukan secara senyap, dengan peguam dimaklumkan pada saat akhir.

Artikel berkaitan: “Pengganas bukan macam ni” – Cuba Cetus Islamophobia, Netizen Seluruh Dunia Selar Tindakan Sekolah Ini

Artikel berkaitan: Rakyat Malaysia Bekas Tahanan Guantanamo Ingin Mula Hidup Baru Dengan Keluarga

Nazir tanam cili, Farik jaga ibu bapa uzur 

Dalam pada itu, Razaruddin berkata, kedua-dua lelaki itu kini sedang memberi tumpuan pada usaha membina semula kehidupan dengan keluarga terdekat.

1982971

Nazir menanam cili dan menternak ayam dan kambing sebagai sebahagian projek yang dimulakan ahli keluarganya,” katanya.

Manakala Farik pula dilaporkan menjaga ibu bapanya yang sudah tua, masing-masing berusia 83 dan 89 tahun.

Terdahulu, Nazir, Farik dan Hambali telah ditahan di Thailand pada 2003 dan kemudiannya dibawa ke lokasi tahanan rahsia yang dikendalikan Agensi Perisikan Pusat (CIA) sebelum dipindahkan ke pusat tahanan Guantanamo Bay pada 2006.

Laporan Senat AS pada 2014 mendedahkan ketiga-tiga mereka diseksa ketika dalam tahanan rahsia.

Sumber: Berita Harian

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.