Nampaknya rezeki Fattah Amin melimpah ruah sejak kembali solo ini, banyak produk mencarinya untuk dijadikan sebagai duta. Malah, dari situ juga banyak jenis kebaikan pasal pelakon ini terdedah.
Bahkan, baru-baru ini ada seorang usahawan yang dikenali sebagai Datin Nurul Syahera mendedahkan syarat yang ditetapkan oleh Fattah Amin jika ingin mengambilnya sebagai produk duta menerusi TikTok.
Artikel berkaitan : Tolak Komisen, Fattah Amin Mohon Pak Mat Western Infak Kepada Golongan Memerlukan
Artikel berkaitan : Netizen Sebak Tengok Fattah Amin, Masih Sarungkan Cincin Kahwin Biarpun Dah Kembali Solo
“Dia setuju tapi bersyarat. Yang pertama, tak boleh jual mahal..okay saya boleh terima. Yang kedua syaratnya, tak boleh konten yang joget-joget.”
“Kalau nak rekod konten yang biasa-biasa boleh, tapi kalau nak ajak berjoget tak boleh.”
“Itulah syaratnya kalau nak ambil Fattah Amin. Tapi tak mengapa, kami pun bukan nak joget dengan dia. Kita cuma nak jual produk kopi.”
@rissaskin_hq Apa pun kita ikut la semua yg big boss mahuu hehe #rissaskin #rissaskinxfattahamin
Dalam pada itu, Fattah juga menyatakan bahawa dia akan setuju untuk ikat kontrak dengan sesebuah produk jika dia menggemarinya.
“Dia ada berkata, kalau nak buat produk kena pastikan dia suka. Jadi dia cuba rasa dahulu, selepas semuanya okay barulah dia setuju. Dia bukan main sebat sahaja dan dia memang suka kopi.”
Usahawan itu juga bersetuju dengan kata-kata orang ramai yang mengatakan bahawa Fattah adalah seorang selebriti yang sopan. Di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan cara pelakon Mat Kilau itu meletakkan syarat melambangkan seorang lelaki yang beradab.
Bagus Fattah ni ada pendirian dia sendiri.
Sumber : TikTok