in

“Tak ada orang tak nangis” – Netizen Mengendap Taktik Licik Peminta Sedekah ‘Berdrama’ Depan Orang Lalu Lalang

lakonan9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Tak ada orang tak nangis" - Netizen Mengendap Taktik Licik Peminta Sedekah 'Berdrama' Depan Orang Lalu Lalang
Loading
/

Kadang-kadang susah nak membezakan yang mana tulin atau yang mana tipu bila lihat peminta sedekah ni.

Bukan lah nak memeperlekehkan mereka, kadang-kadang sikap segelintir orang yang berlakon ni telah membuatkan golongan-golongan yang benar-benar fakir miskin tertindas disebabkan rasa was-was bahkan hilang keprihatinan orang awam macam dalam video ni.


 

Waa banyak untung ini macam! Modal muka sedih dan nangis boleh dapat duit”

Video yang berdurasi 1 minit 45 saat itu menunjukkan ada seorang pakcik sedang menangis meminta ihsan daripada orang awam untuk memberikan derma.

Ia diintip oleh pengguna Twitter, tujuannya merakam perbuatan lelaki tersebut sebab ada yang ‘tak kena’ dengan dia. Korang tengok sendiri kat bawah ni.

Difahamkan lokasi kejadian dalam video yang meraih lebih daripada 18,700 retweets ni berlaku di terminal bas Muar.

Pakcik itu kelihatan seperti biasa bila tak ada orang lalu lalang disitu. Tapi bila ada orang lalu dia terus menangis.

Netizen memberikan reaksi lucu bila melihat ‘lakonan’ individu dalam video tersebut. Bahkan. ada juga yang memandang serius.

 

Terhibur, lakonan bersahaja – Netizen

lakonan lakonan2 lakonan3 lakonan4 lakonan5

Melihat komen-komen yang diberikan, jelaslah di sini bahawa  keprihatinan, rasa simpati dan kepercayaan rakyat Malaysia semakin berkurang apabila melihat kegiatan orang melakukan perkara ini.

Tapi, ada juga yang menyebelahinya sebab mungkin kita tak tahu situasi sebenar pak cik ni. Mereka juga anggap ia dikira membuka aib orang sesuka hati.

Pokok pangkalnya, ikut keikhlasan hati kita, kalau nak derma silakan dan kalau rasa was-was tak perlu. Lagipun dalam agama kita digalakkan untuk memperbanyakkan sedekah bukan?

 

Baca : “Saya tidak akan sesekali minta sedekah” – Netizen Tersentuh Dengan Nasib Lelaki Mahu Jadi Pengarah Ini

sedekah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.