Desas-desus seorang selebriti tanah air, Neelofa mengenai statusnya bakal terjawab dalam masa terdekat. Perhubungan Neelofa dan PU Riz sebelum ini banyak diperkatakan oleh rakan media dan tak kurang juga netizen.
Menerusi satu video di Instagram, @ehmalaysia ada berkongsi suasana dewan pernikahan yang serba putih. Melalui video tersebut, terjawab lah akhirnya buah mulut netizen dan rakan media sebelum ini. Korang tengok lah video kat bawah ni, cantik weh dewannya.
https://www.instagram.com/p/CM58JY0FkyM/?igshid=14lh38oa8c5o
Seperti yang diperkatakan sebelum ni, viral satu tweet oleh seorang wartawan Astro Arena @zulhelmizainal1 yang menyatakan pasangan berkenaan akan mendirikan rumah tangga pada Jumaat. Tapi setakat artikel ini ditulis (Sabtu), majlis pernikahan masih belum berlangsung.
Setakat info yang diterima, tiada sebarang kepastian mengenai masa sebenar majlis tersebut akan berlangsung. Cuma yang pastinya akan berlaku dalam masa terdekat.
Admin doakan urusan Neelofa dan PU Riz dipermudahkan dan perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat.
Baca: Neelofa & PU Riz Dijangka Bakal Bersanding Dekat The St. Regis Jumaat Ni?