in

Tahi Judi Bengang Kalah Bertaruh, ‘Lepas Geram’ Dengan Tolak Wanita Jatuh Ke Landasan Kereta Api

kalah judi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sendiri punya masalah, orang lain pulak yang kena.

Itulah ayat yang sesuai bagi menggambarkan situasi cemas yang dihadapi seorang wanita selepas dia ditolak seorang lelaki tak dikenali sehingga terjatuh ke landasan kereta api hanya kerana lelaki berkenaan tidak berpuas hati kerana kalah berjudi.


0 TRacks e1642816118613

Lapor Daily Star, wanita yang tak didedahkan identitinya itu sedang menunggu kereta api di stesen Tai Hing North, Hong Kong, ketika dia diserang. Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana tiada kereta api menggunakan laluan terbabit semasa dia terjatuh ke atasnya.

Mangsa walau bagaimanapun, mengalami beberapa kecederaan ringan di bahagian leher dan tangan dan telah dibawa ke Tuen Mun Hospital bagi mendapatkan rawatan.

Berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV), polis berjaya mengenal pasti suspek sebagai Yau, 33, yang bekerja sebagai pekerja syarikat pengangkutan. Dia ditahan pada lewat petang selepas kelibatnya dirakam CCTV di Stesen Ping Shan.

Menurut jiran suspek, Yau tinggal seorang diri dan pada awal pagi sebelum kejadian, suspek kalah berjudi sebelum bertindak melepaskan amarahnya itu pada mangsa.

0 pushed e1642816067686

Kes terbabit kini disiasat bagi memastikan sama ada Yau mempunyai sejarah penyakit mental. Siasatan turut dilakukan bagi mengenal pasti sama ada Yau dan mangsa mengenali satu sama lain sebelum kejadian.

Sumber: Daily Star

Baca: “Berjudi tanpa sengaja” – Ini Antara Sebab Korang Patut STOP Anak-anak Dari Main Roblox!

collage 23 e1642814556802

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.