Dari dulu sampai sekarang, kemudahan orang kelainan upaya (OKU) selalu dipinggirkan. Kadang-kadang tu, parking OKU pun ada manusia yang tak bertimbang rasa nak ambil.
Macam baru-baru ni, seorang pemuda telah kongsikan video di mana rakan sekerjanya yang juga merupakan seorang OKU yang perlu memakai kerusi roda terpaksa bersusah payah untuk turun tangga gara-gara lif rosak.
“Lif rosak lagi… Kesian Abang Husny”
Dalam video yang dimuatnaik di TikTok ni, korang boleh tengok macam mana gigihnya lelaki OKU ni untuk turun tangga sambil rakan sekerjanya yang lain bantunya bawa kerusi roda turun.
Lelaki yang memuatnaik video ini juga turut menyeru agak pihak pengurusan bangunan tersebut lebih cakna dengan isu ini dan membuat kemudahan yang lebih mesra OKU.
Lift rosak lagi.. Abg husny tetap tabah, menolak bantuan dr rakan² pejabat utk mengendong, beliau turun tangga menggunakan tangan. Tq rakan semua.
@aman.akl Lift rosak lagi.. Kesian abg husny #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #kamisempoi #oku
Manakala netizen yang melihat video ini turut bersimpati dengan nasib Abang Husny ini yang perlu turun tangga dengan tangannya gara-gara lif rosak.
Pihak pengurusan minta maaf
Menurut laporan dari Malaysia News Lab, insiden ini dikatakan berlaku di salah sebuah bangunan kerajaan di Kuantan, di mana Abang Husny ini bekerja sebagai pegawai di Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).
Menurut Ketua Pengarah Jakoa Pahang, pihak pengurusan bangunan kerajaan itu turut meminta maaf atas keadaan yang perlu dilalui oleh lelaki OKU tersebut.
Pihak pengurusan Bangunan Wisma Persekutuan telah datang ke pejabat Jakoa Pahang untuk memberikan kami penjelasan serta meminta maaf atas kesulitan yang berlaku serta berjanji untuk membaiki isu lif secepat mungkin.”
Harapnya masalah ini diselesaikan secepat mungkin dan selepas ini pihak berwajib dapat mencari jalan untuk menjadikan bangunan lebih mesra OKU sekiranya berlaku insiden lif rosak seperti ini.