in

“Syukur semua selamat” – Viral Video Loji Penapisan Minyak Pengerang Terbakar Disebabkan Paip Meletup

kebakaran pengerang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular beberapa video di media sosial di mana sebuah loji penapisan minyak di Pengerang, Johor dikatakan telah terbakar, video tersebut memaparkan beberapa orang pekerja di situ lari bertempiaran sejurus api menjadi marak.

Menurut laporan Astro AWANI, letupan dan kebakaran yang berlaku di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), Kota Tinggi itu melibatkan penyambungan saluran paip bagi projek N-OSBL di dalam kawasan Rapid Pengerang.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Rengit, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPGB) Masri Ibrahim, menyatakan kejadian yang berlaku pada 3.40 petang, semalam itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.

“Seramai tujuh anggota dari BBP Sungai Rengit telah dikerahkan ke lokasi sejurus mendapat maklumat mengenai kejadian itu.

Operasi pemadaman turut diperkasakan dengan penglibatan tujuh anggota Pasukan Keluaran Operasi dari BBP Sebana Cove serta tiga buah jentera bomba yang digerakkan bersama.” katanya.

Selain itu, Komander Insiden dari Petronas Refinery and Petrochemical Corporation (PRPC) Sendirian Berhad juga mengeluarkan kenyataan berhubung insiden terbabit.

FgHPMQKaEAAO7Ah

Nasib baik tiada kemalangan jiwa, harap tiada lagi kemalangan selepas ini…

Baca: Gurauan Membawa Maut, Remaja Lelaki Temui Rentung Dalam Kebakaran Di Tandas Awam

Remaja Rentung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.