in

Syed Saddiq Ahli Politik Pertama Di Malaysia Kena Hukuman Sebatan, Ini Kisahnya…

Hukuman Sebatan Syed Saddiq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hangat diperkatakan semalam mengenai Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dikenakan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua kali sebatan atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).

Beliau yang juga bekas menteri termuda di Malaysia ini sebenarnya ahli politik pertama yang dijatuhkan hukuman sebat selepas didapati bersalah melakukan jenayah kolar putih.


91123Fathil1 1699500293

Artikel berkaitan: “Bukan mudah untuk ditelan” – Syed Saddiq Dilihat Sebak Lepas Terima Keputusan Mahkamah

Artikel berkaitan: Dihukum Penjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta & 2 Sebatan: Ini Kronologi Penuh Kes Pecah Amanah Syed Saddiq

Syed Saddiq kena hukuman sebat, Najib tidak? 

Bagi korang yang mengikuti isu politik semasa, ramai sedia maklum bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 70, juga berdepan dengan kesalahan yang sama tetapi hanya dihukum penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta tanpa sebatan.

Najib dikenakan hukuman itu selepas dia didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

553

Hal ini kerana, hukuman sebat iaitu hukuman mandatori bagi pertuduhan jenayah pecah amanah (Criminal Breach of Trust) dan salah guna harta telah diberikan pengecualian untuk keadaan tertentu termasuk pesalah wanita dan individu yang berumur 50 tahun ke atas.

Dalam hal ini, Najib yang berusia 70 tahun dikecualikan kerana usianya sudah melebihi setengah abad berbanding Syed Saddiq yang baru berusia 31 tahun.

Bagaimanapun, Syed Saddiq ketika ini masih ‘terselamat’ kerana mahkamah membenarkan permohonan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan.

Sumber: Astro AWANI

Sumber: Harian Metro
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.