Pengurusan jenazah adalah perkara fardu kifayah yang dituntut dalam Islam. Walaubagaimanpun, perbelanjaan untuk urusan pengkebumian jenazah boleh menelan ribuan ringgit.
Menyedari keperluan itu, seorang lelaki berbangsa cina, Kuan Chee Heng, atau lebih dikenali dengan nama Uncle Kentang, mengambil inisiatif dengan menyediakan van jenazah untuk kegunaan mereka yang memerlukan. Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh tengok kat bawah ni yang dipetik daripada posting Facebook beliau.
Syarat dia, jangan tipu sudahlah
Mulia sungguh hati Uncle Kentang ni. Buat korang yang tak tahu, Uncle Kentang ni bukan sediakan van jenazah je, beliau pun ada ambulans dan sering melakukan kerja-kerja kebajikan di sekitar Lembah Klang. Boleh follow Facebook beliau untuk dapatkan updates dan info lebih lanjut.
Betul!. Yang ni admin setuju. Kalau dah pakai tu, harap pulangkan balik macam mana kita dapat sebelum tu. Jangan nak ambil kesempatan pulak atas kebaikkan orang lain.
Ikhlas ni tak kira bangsa atau agama. Siapa-siapa pun boleh jadi baik hati dan ikhlas.
Kalau semua orang ada hati macam Uncle Kentang ni memang hidup aman dan tenteram lah negara kita. Saling membantu dan berkasih-sayang, memudahkan urusan orang tak kira hidup ataupun mati. Terbaik lah uncle!