Pelakon Puteri Sarah Liyana membuktikan kata-katanya apabila nekad untuk menyaman bekas kakak ipar Ira Kazar yang dikenali sebagai Darvinda Mazwena Mazlan selepas berbincang dengan bekas suami, Syamsul Yusof.
Ujar Sarah, dia mahu menjalani kehidupan yang tenang dan gembira selepas bercerai dengan Syamsul namun ada pihak lain yang tidak henti-henti ‘mengganggunya’.
Artikel berkaitan: “Elok-elok semua dah settle, masih menyalak” – Puteri Sarah Bakal Heret Bekas Menantu Kazar Ke Mahkamah
View this post on Instagram
“Saya tahu ada yang cakap saya tak habis-habis (bersuara), bukan saya yang tak habis-habis, pihak sana yang tak habis-habis. Ikutkan saya dah penat dan dah malas nak lalui semua ini.
“Jadi, saya berbincanglah dengan Syamsul mengenai isu yang berlaku dan dia nampaknya faham dan menyerahkan kepada saya untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu itu,” katanya.
Katanya lagi, wanita terbabit bukan hanya menulis mengenai dirinya tetapi turut membabitkan keluarga, anak-anak dan Syamsul.
Jelas Sarah, dia sudah menunjukkan semua bukti kepada Syamsul mengenai kenyataan wanita terbabit dan Syamsul tidak menghalangnya untuk meneruskan tindakan saman.
“Kalau saya tak buat sesuatu, perkara ini akan berpanjangan dan akan menjejaskan imej saya. Jadi, Syamsul kata, awak buatlah apa yang awak nak buat. Saya okay saja”, katanya.
Malah, Sarah juga menegaskan tidak akan menarik semula saman sebagaimana yang pernah dilakukan terhadap Ira Kazar sebelum ini.
Sebelum ini, Sarah meluahkan rasa bengang apabila wanita terbabit masih menjaja cerita tentang dirinya meskipun sudah menarik balik saman terhadap keluarga bekas madunya itu.
Sumber: Harian Metro