Dua hari lepas kita ada dengar Datuk Seri Najib Razak seronok menyanyi di sebuah majlis rumah terbuka raya kat The Diplomat KL, this time giliran isterinya Datin Seri Rosmah Mansor pula tunjukkan bakat.
Kalau Najib nampak gembira dan enjoy menyanyikan lagu bahasa Inggeris berjudul The Young Ones dalam majlis tu, Rosmah pula nampak lebih feel masa mendendangkan lagu pilihannya. Dalam rakaman video tu pengacara majlis ada cakap yang lagu ni Najib request untuk dinyanyikan Rosmah. Aww sho sweet~
Menurut WORLD OF BUZZ, lepas dengar Rosmah nyanyi lagu Perfect nyanyian Ed Sheeran tu, ramai mengaku yang dorang trauma dan mungkin dah tak boleh dengar lagu tu lepas ni sebab rasa macam akan dihantui suara Rosmah. Alamak sampai macam tu ke?
Yang nak padam lagu Perfect dari playlist dorang pun ada!
Disebabkan skandal rampasan barang kemasnya yang terlalu banyak dan dikatakan rampasan terbesar dalam sejarah, ramai menyindir kenapa dia tak nyanyi lagu Diamonds Are A Girl’s Best Friend je instead of lagu Perfect. Amboi korang ni!
Seorang lagi netizen pulak berpendapat Ed Sheeran mungkin akan bunuh diri kalau dia dengar nyanyian Rosmah ni. Uish biar betul!
Paling teruk, ada sorang ni berharap sangat-sangat stesen radio berhenti putarkan lagu ni kat corong-corong radio. Katanya suara Rosmah dah cemarkan keindahan lagu sweet Ed Sheeran ni.
Bekas pemimpin Gerakan dan Parti Cina Malaysia Huan Cheng Guan yang turut hadir memberitahu bahawa majlis tu sebenarnya diadakan sebagai menghargai sumbangan Datuk Seri Najib selama ni dan untuk menghiburkan bekas Perdana Menteri Malaysia itu.
“Ini cuma perjumpaan untuk ingat balik sumbangan beliau (Najib) dan ceriakan beliau sikit. Orang ramai kumpul duit untuk bayar majlis ni.”
Ooh macam tu rupanya..Kalau korang belum dengar nyanyian Datin Seri Rosmah tu, ni admin ada sediakan untuk korang:
Sumber: WOB
Haa, amacam? Boleh lawan Ed Sheeran tak?