in

“Sweetnya ayah dia!” – Ayah Buat Kuih Puff Sama Besar Dengan Anak Untuk Sambut Kelahiran

Combine Puff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Parents mana yang tak sayangkan anak ? Sudah pasti mereka ada cara tersendiri macam mana nak layan kerenah dan tunjukkan kasih sayang mereka terhadap anak-anak.


Mesti time kawalan pergerakan ni ada yang sambut birthday kan ? Tapi tak dapatlah nak buat besar-besaran sebab tak boleh berkumpul dan perlu amalkan penjarakan sosial. Namun, itu bukan menjadi penghalang untuk ibu bapa buat surprise birthday anak time macam ni.

Macam seorang lelaki yang dikenali sebagai Tim Fuge,33 yang tinggal di Cornwall, England dimana dia telah membuat kuih puff yang seakan-akan karipap sama besar dengan anaknya, lapor Daily Mail.

Puff4

Lelaki itu membuat karipap gergasi itu sebagai salah satu kejutan untuk menyambut kelahiran anaknya yang baru berusia dua minggu.

Korang boleh bayang tak macam mana dia buat kuih tu? 

Kenapa kuih ni macam karipap ? Sebab inti yang dibuat sama seperti kuih karipap yang ada kentang, hirisan bawang dan daging.

Puff2

Apa yang lebih teruja lelaki berkenaan berjaya menghasilkan kuih seberat 2.8 kg setelah mencari resipi kuih itu secara online. Kuih tu sama panjang dan besar anaknya weh!

Baginya, cabaran untuk membuat kuih ini ialah tiada dulang yang mempunyai saiz yang tepat untuk memasak kuih ini.

Puff3

Memandangkan negara mereka melaksanakan lockdown, so lelaki berkenaan ada masa untuk memanggang karipap gergasi itu sambil dapat meluangkan bersama anaknya.

Katanya, sekiranya dia bekerja pada ketika ini sudah pasti dia tak dapat nak buat karipap gergasi ini dan spend time dengan anaknya.

Puff

Wahh, untung anak dia kan. Mesti jadi memorable untuk diorang satu family

Baca : Bapak dia sporting” – Netizen Tehibur Tengok Video Comel Anak-anak Prank Bapa Mereka

Bapa

 

 

Sumber: Metro.co.uk
Sumber: Metro.co.uk
Sumber: Metro.co.uk
Sumber: Metro.co.uk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.