in

“Suspek rakan di universiti” – Cikgu Istiqomah Disyaki Dibunuh Berkaitan Pelaburan Forex

Kes Bunuh Cikgu Istiqomah Pelaburan Forex

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak pagi tadi kita digemparkan dengan kes kehilangan Cikgu Istiqomah yang disahkan mempunyai unsur jenayah apabila identiti mayat tanpa kepala pada Disember lalu adalah miliknya.

Memetik sumber Berita Harian, suspek yang kini ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan tragis Cikgu Istiqomah merupakan kenalan lelaki ketika sama-sama belajar di universiti.


Suspek lelaki itu juga merupakan bekas guru sebelum berhenti menjadi pedagang mata wang asing (Forex). Dia dipercayai mempunyai urusan berkaitan pelaburan Forex dengan mangsa pada ketika itu.

Artikel berkaitan: Dilapor Sudah Hilang 8 Bulan, Polis Sahkan Mayat Tanpa Kepala & Tangan Milik Cikgu Istiqomah

Artikel berkaitan: “Kalau boleh hukuman gantung” – Suami & Keluarga Istiqomah Reda, Mahu Pelaku Kena Hukuman Setimpal

Whatsapp Image 2024 08 12 At 11.42.23 Am 1024X576 1

Menurut pihak polis, kereta milik mangsa yang juga ibu kepada tiga cahaya mata itu, dijumpai di kawasan pasar raya Lotus Kota Masai, Pasir Gudang, kira-kira 2 petang pada 27 Disember tahun lalu.

“Reman ke atas suspek lelaki disambung selama tujuh hari lagi bermula hari ini hingga 18 Ogos bagi melengkapkan siasatan manakala isterinya dibebaskan dengan jaminan polis selepas didapati tiada kaitan dengan kes,” kata Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah.

Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.