in

“Susah banget ternyata” – Jefri Nichol ‘Turun’ Ke Pontian, Lawat Kilang Kondom

syaz ft 2026 01 14T113909.433

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon popular Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian netizen Malaysia selepas berkongsi momen kunjungannya ke Pontian, Johor baru-baru ini.

Kehadiran Jefri ke lokasi tersebut adalah bagi melawat sebuah kilang pembuatan kondom, di mana beliau dilantik sebagai duta kepada jenama kondom berkenaan.


Artikel berkaitan: Lepas Putus Dengan LMK, Jefri Nichol Didakwa Bercuti Dengan Jule Di Bali?

Artikel berkaitan: “Sayang” – Ada Gambar Berpelukan, Jefri Nichol Sudah Jumpa Pengganti?

Pelakon filem Ali Topan itu turut berkongsi pengalamannya apabila berpeluang merasai sendiri tugas sebagai pekerja kilang dengan melakukan pemeriksaan kualiti produk yang dihasilkan.

Menurut Jefri, proses menguji kondom bukanlah sesuatu yang mudah kerana setiap unit perlu diperiksa satu persatu bagi memastikan tiada kecacatan.

cats 12

“Rupanya sukar untuk menguji sama ada terdapat lubang pada setiap kondom yang dihasilkan. Ia perlu diuji satu per satu.

Setiap pekerja perlu memeriksa kira-kira 12,000 kondom dalam satu syif, dan terdapat tiga syif sehari,” tulisnya.

Selain itu, bekas kekasih Ameera Khan ini turut menarik perhatian apabila berkongsi foto dirinya membeli durian di tepi jalan, sekali gus menambah kemesraan momen lawatannya di Malaysia.

Dalam pada itu, ramai juga netizen yang terkejut dengan kedatangan pelakon sensasi itu ke Malaysia, malah ada juga yang baru tahu terdapat kilang kondom di situ.

cats 11

Sumber: Instagram, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.