in

Surat Ni Bukan Daripada Najib?

Page 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak PRU hari itu, macam-macam cerita politik yang kita dengar daripada pelbagai pihak. Masing-masing seakan-akan menuduh antara satu sama lain, dan ianya beralutan sampai lah sekarang. Kan….

Tapi cerita baru-baru ini menjadi tanda tanya pelbagai pihak, sama ada cerita tersebut betul atau pun tidak. Semalam, tular dekat media sosial, tiga keping gambar sebagai ‘bukti’ bekas PM kita, Datuk Seri Najib, ada minta sokongan kepada pihak Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) untuk PRU-14. Ohhh?


37386129 2293657704007944 5238012500678541312 N
sumber: facebook

Menurut Metro, Najib mendakwa bahawa dia langsung tak tahu apa-apa mengenai surat yang diutuskan oleh Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) itu, serta menegaskan bahawa surat tersebut tidak semestinya melalui dirinya.

Saya terkejut. Saya tak tahu pun kewujudan surat itu. Bukan semua surat kena lalu saya dahulu. Saya jugak tak ada peluang langsung untuk tengok surat tersebut. Tapi apa yang dilaporkan dalam surat itu, tak nampak pun mereka minta bantuan AS untuk menang pilihan raya, tapi selepas pilihan raya,” kata Najib.

Najib turut menyifatkan bahawa surat itu mungkin dihantar oleh agensi tersebut dengan niat memelihara kestabilan negara jika BN meraih kemenangan.

37423444 2293657877341260 4039984682593419264 N
sumber: facebook
37574460 2293657977341250 8979472376102125568 N
sumber: facebook

Mungkin media nak dedahkan keseluruhan surat itu untuk orang ramai tahu, termasuk saya jugak.”

Surat yang bertarikh 4 Mei itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan JPM, Datuk Hasanah Ab Hamid, dan diutuskan kepada Gina Haspel selaku Pengarah CIA ketika itu.

Menerusi surat itu, MEIO meminta AS untuk terus sokong pentadbiran Najib, supaya BN menang dalam PRU-14. Dalam itu juga, MEIO menggambarkan bahawa Najib sebagai seorang pemimpin progresif dan mesra serta akan terus menyokong kehadiran AS di masa hadapan.

Najib kata surat ni bukan daripada dia… So siapa yang bagi sebenarnya?

Baca: Najib Akan Terima Nasib Yang Sama Macam Anwar Tahun 1998

Capture 19

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.