in

“Suntikan 3 dos mampu tingkatkan antibodi 5 hingga 10 kali ganda” – Pfizer Minta Kebenaran Untuk Suntikan Ketiga

Pfizer 3Rd Dose 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak awal kemunculan virus Covid-19 pada Disember 2019, hampir 4 juta individu seluruh dunia dilaporkan telah maut akibat jangkitan virus berkenaan.


2020 12 03T111224Z 590155515 Rc2Nfk9Oo0Sa Rtrmadp 3 Global Poy Covid 1

Seperti yang kita sedia maklum, virus ini mempunyai kebolehan untuk bermutasi dan menjadi lebih kuat seterusnya menyebabkan ia lebih mudah tersebar dan menjangkiti orang ramai selain memberikan kesan yang lebih serius.

Namun begitu, pengeluar vakzin Pfizer-BioNTech baru-baru ini mengumumkan mereka dalam perbincangan bagi mendapatkan kelulusan untuk pemberian dos ketiga vaksin berkenaan setelah data awal daripada kajian mereka mendapati dos ketiga boleh meningkatkan antibodi seseorang kepada 5 hingga 10 kali ganda terhadap varian Beta yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan berbanding dua dos pertama.

Warga Australia Berusia 40 Tahun Ke Bawah Akan Mendapat Vaksin Moderna Atau Pfizer 169

Dalam masa yang sama, syarikat berkenaan turut menjangkakan dos ketiga berkenaan bakal menunjukkan prestasi yang baik terhadap strain Delta yang menular dengan mudah dan menjadi dominan dengan cepat di seluruh dunia.

Syarikat tersebut juga mendakwa terdapat penurunan terhadap keberkesanan vaksin tersebut di Israel selepas enam bulan dan disebabkan itu, mereka bersedia menawarkan dos ketiga selepas 6 hingga 12 bulan daripada vaksinasi penuh untuk melawan varian terbaru.

“Kami percaya bahawa dos ketiga mungkin diperlukan dalam masa enam hingga 12 bulan selepas vaksinasi penuh” tambah syarikat berkenaan lagi.

Sumber : Sinar Harian

Baca : WHO Beri Amaran Varian Lambda, Lebih Bahaya Dari Delta & Mungkin Kebal Vaksin

Lamda

Sumber: Aljazeera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.