in

Sumayyah: Kisah Pengorbanan Wanita Terhebat & Orang Islam Pertama Mati Syahid

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masa kecil dulu korang mesti pernah dengar cerita pasal Sumayyah kan? Korang kenal dia sebagai orang pertama yang korbankan nyawa untuk Islam. Tapi ramai yang tak tahu, Sumayyah berasal dari Habashah, Abyssinia atau sekarang ni dikenali sebagai Ethiopia.

Sumayyah lahir 20 tahun sebelum Nabi Muhammad SAW dan ketika dia dibunuh, dia merupakan seorang wanita tua yang telah pun berusia lebih kurang 60 tahun. Hamba berkulit hitam ini adalah antara tujuh orang pertama yang menerima Islam.


Ketika zaman ini, masyarakat di Mekah hidup berpuak-puak. Sumayyah merupakan seorang hamba yang berkahwin dengan seorang lelaki bernama Yasir. Yasir adalah lelaki dari Yaman dan telah datang ke Mekah untuk mencari abangnya yang hilang.

Dalam masa yang sama, Yasir membuat keputusan untuk tinggal di Mekah dan meminta perlindungan dari Abu Hudhaifah al-Mughirah. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan dengan seorang anak Ammar yang berumur sebaya dengan Rasulullah.

Kerana pasangan ini bukan berasal dari Mekah, kedudukan mereka di sana sangat terdedah kerana mereka tiada komuniti atau pun kaum yang mereka boleh bergantung harap. Keluarga ini berkhidmat untuk keluarga Abu Hudhaifah dan kaum Bani Makhzum.

Penganiyaan terhadap umat Islam

Kota Arab 1 3

Untuk pengetahuan korang, Bani Makhzum dari suku Quraisy ini merupakan antara kaum yang berkuasa di Mekah dan sangat menentang agama Islam kerana Bani Hasyim (kaum Rasulullah) merupakan saingan utama mereka.

Bukan itu sahaja, musuh ketat Rasulullah, Abu Jahal yang merupakan penentang utama Islam merupakan ketua yang memimpin Bani Makhzum ni tau!

Abu Jahal merupakan seorang lelaki yang memiliki tubuh badan yang besar seperti Saidina Umar. Dia dikenali dengan sifatnya yang kejam dan sering menyeksa dan memukul orang yang menerima Islam.

Kesyahidan Sumayyah

Tujuh orang terawal menerima Islam pada ketika itu merupakan Saiditina Khadijah, Saidina Abu Bakar, Bilal, Khabbab, Suhayb, Sumayyah dan anaknya Ammar. Hanya Khadijah dan Abu Bakar yang mendapat perlindungan kaum mereka manakala yang lain tiada kaum.

Kelima-lima yang tidak menerima perlindungan ini termasuk Yasir yang juga telah memeluk Islam ini telah diseksa dengan kejam setiap hari. Mereka telah dipaksa untuk memakai baju besi dan dijemur di tengah padang pasir yang panas tanpa diberikan setitik air.

621E2827D3Bf56064D252Bf8 Sumayyah Bint Khayyat

Seksaan ke atas mereka ini dijalankan secara berterusan dan diulang-ulang setiap hari di hadapan semua orang bagi membuatkan orang takut untuk menerima Islam.

Ketika Rasulullah melihat seksaan yang dibuat ke atas mereka, baginda merasa sedih namun tak mampu untuk berbuat apa-apa dan hanya berkata, “sabarlah keluarga Yasir, sesungguhnya tempat kalian di syurga.”

Seksaan yang dibuat ke atas Sumayyah dan keluarganya ini tidak melemahkan wanita ini untuk menyerah, malah dia berjaya membuat Abu Jahal menjadi tambah marah kerana setiap seksaan, membuatkan wanita ini lebih banyak berzikir kepada Allah.

Keluarga ini telah diikat di pokok dan boleh melihat seksaan di antara satu sama lain. Selepas diseksa selama beberapa hari, Yasir kelihatan seperti hampir mati. Ini membuatkan Abu Jahal berpaling kepada Sumayyah dan berkata:

Suami kau akan mati sebelum kau. Kau mungkin gembira bila dia mati sebab kau sayangkan Muhammad dan kau mahu berkahwin dengannya selepas dia mati.”

Ekoran hinaan ini, Sumayyah telah meludah muka Abu Jahal dan berkata:

Moga kau dihina oleh Allah, wahai musuh Allah. Kau seorang manusia yang jijik dan busuk. Kau sangat kecil di mata aku dari kumbang yang aku pijak di atas tanah.”

Abu Jahal yang berang dengan kata-kata dari mulut Sumayyah ini telah mengambil lembing dan menyula Sumayyah di bahagian alat sulitnya sehingga menjadikan dia orang pertama syahid di dalam Islam.

Manakala Yasir, syahid ketika dia dipanggang di atas api menjadikan dia lelaki pertama mati kerana memperjuangkan Islam. Lelaki ini juga sempat mengucap “tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah” sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Ketabahan Sumayyah

3880A0C2 Fa1B 4902 8Ce5 B5Ef25Ee9Efe

Menerusi kisah Sumayyah ini, banyak yang kita boleh pelajari dari ketabahan dan keberaniannya untuk menghadapi seksaan walaupun dengan usia yang telah lanjut. Kekuatannya ini juga turut datang dari kepercayaannya dengan janji syurga oleh Rasulullah.

Selain dari menyeksa umat Islam, Abu Jahal juga turut meminta mereka untuk menghina Rasulullah. Anak Sumayyah, Ammar ketika lemah turut telah menghina Rasulullah dan berasa malu selepas itu sehingga sering menyembunyikan diri.

Nabi Muhammad SAW kemudiannya mengatakan bahawa baginda telah pun memaafkan Ammar dan jika dia diseksa lagi, dia patut berbuat demikian. Ini kerana, jika seseorang itu sedang terseksa, kata-katanya tidak boleh dinilai kerana mereka perlu lakukan apa sahaja untuk selamatkan nyawa dan Rasulullah tahu apa dalam hatinya.

Malah, ketika Abu Jahal dibunuh ketika Perang Badar, Rasulullah berkata kepada Ammar, “Allah telah bunuh pembunuh ibumu.”

MasyaAllah, dahsyat betul pengorbanan Sumayyah. Walaupun dah berusia, tak gentar dengan seksaan yang menimpanya.

Sumber: Medium, Detik, Wikipedia

 

Baca: Kewafatan Khadijah R.A. & 7 Peristiwa Penting Ini Berlaku Pada Bulan Ramadan

Collage 56

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.