in

Suka Sergah Pengunjung, Kanak-Kanak Terkejut Disakat Ikan Paus Beluga

Ikan Paus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernahkah anda dengar mengenai ikan paus Beluga? Ikan paus ini berwarna putih dan mempunyai kepala seperti buah melon.

Baru-baru ini, aksi ikan paus Beluga ini mengusik pengujung terutamanya kanak-kanak menjadi tular. Manakan tidak, kebanyakan pengujung yang melihat ikan itu akan mendapat kejutan istimewa daripadanya!


Ikan paus Beluga ini akan membuka mulutnya dihadapan kanak-kanak seakan-akan ingin menyakat dan membuatkan mereka terkejut, menangis malah ada yang jatuh tergolek.

Artikel berkaitan: Ditelan Ikan Paus Selama 30 Saat, Lelaki Ini Bersyukur Masih Hidup Selepas Dimuntahkan Semula

Artikel berkaitan: “Dah sampai baru perasan” – Ikan Paus 32 Kaki Tersangkut Pada Kapal Timbul Tanda Tanya

Melihat dari gerak geri ikan itu, ternyata ia hanya mahu menyakat kanak-kanak yang melihatnya.

Ramai yang terkena dengan kejutan itu malah ada yang tidak mahu melihat ikan itu lagi kerana ketakutan.

Kini, vdeo tular tersebut telah mendapat jutaan tontonan di aplikasi TikTok.

Menerusi komen netizen, kebanyakkannya berasa teruja dengan sikap ikan tersebut yang suka bermain dan mengusik pengujung. Siapa sangka, ternyata haiwan juga mempunyai perasaan ingin bermain dan ingin menghiburkan manusia!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.