Halo Matahari adalah satu fenomena yang dilihat seakan-akan lingkaran cahaya yang mengelilingi matahari atau bulan. Fenomena ini lebih kerap terjadi berbanding kejadian pelangi.
Semalam viral di sosial media, apabila netizen berkongsikan fenomena Halo yang berlaku di negara kita.
Disini min sertakan beberapa gambar yang dimuatnaik netizen di sosial media. Dalam banyak-banyak perkongsian min tertarik dengan posting di Twitter @SayaFadzliRazi mengenai fenomena Halo yang berlaku di tempatnya di Melaka kira-kira pukul 12.30 tengahari semalam.
Halo Matahari di Melaka sebentar tadi, 12.30pm 2 Ogos 2021. #SunHalo pic.twitter.com/vGRbuVUgVe
— ᖴᗩᗞᏃᏞᏆ ᖇᗩᏃᏆ?? (@SayaFadzliRazi) August 2, 2021
Malah gambar dan rakaman video fenomena Halo yang berlaku sempat dirakam beberapa pengguna media sosial yang lain.
Rata-rata berkata, fenomena tersebut berlaku antara pukul 10.15 pagi hingga 1.00 petang di beberapa negeri antaranya Melaka, Negeri Sembilan dan sebahagian kawasan di Selangor.
Dibawah ini min kongsikan beberapa perkongsian netizen di twitter.
Tengah ada fenomena halo ya di Malaysia sekarang ni? Ramai tengah share gambar di WhatsApp group. Cantik-cantik gambarnya. Ni satu contoh. pic.twitter.com/C6a67ANRGK
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) August 2, 2021
halo matahari⛅ pic.twitter.com/hIT0gvP1o9
— معاذ (@muazzzmasor) August 2, 2021
Halo Matahari✨
Subhanallah❤️ pic.twitter.com/7LNRmH9XOm— ????????? ? (@nabilaanebula) August 2, 2021
Untuk pengetahuan, Halo merupakan fenomena optik dalam bentuk lingkaran cahaya yang berputar atau bulatan di sekitar matahari. Kejadian ini berlaku apabila cahaya matahari lalu pada hablur ais berbentuk heksagon yang terdapat pada awan Sirus.
Apabila melalui hablur ais tersebut, cahaya akan terbias pada suatu sudut dan akan muncul suatu lingkaran cahaya yang mengelilingi Matahari.
Walaupun kejadian ini kerap berlaku di luar negara, tetapi di Malaysia, fenomena ini hanya berlaku dua atau tiga kali dalam setahun. Sedihnya
Ketua Unit Baitul Hilal, Port Dickson, Muzamir Mazlan berkata, kali terakhir fenomena itu berlaku pada Januari lalu.
“Pada hari ini, fenomena Halo kelihatan di Port Dickson seawal pukul 10.15 pagi dan diketahui penduduk di Selangor dan Melaka juga dapat melihat fenomena Halo,”
Fenomena ini berlaku agak lama kerana bergantung pada awan dan cuaca mengikut kawasan. Fenomena ini adalah normal. Netizen tidak perlu risau dan dinasihatkan jangan membuat andaian yang pelik-pelik untuk menakutkan orang lain, lapor Utusan.