in

Suasana Meriah Bertukar Kecoh, Bintang Manchester United Tunjuk Jari Tengah Kepada Penyokong Selepas Kalah

pemain man utd tunjuk jari tengah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suasana meriah di Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi sedikit kecoh apabila bintang Manchester United menunjukkan jari tengah kepada penyokong selepas kalah kepada pasukan Asean All Stars, malam tadi.

Insiden mengejutkan itu berlaku sejurus tamat perlawanan Piala Cabaran Maybank 2025 yang menyaksikan kelab gergasi England itu tewas 0-1 kepada pasukan pilihan Asia Tenggara.


Menerusi gambar tular di media sosial, menunjukkan Amad Diallo tiba-tiba mengangkat jari tengahnya kepada penyokong ketika berjalan menuju ke bilik persalinan.

Artikel berkaitan: “Comel doh dorang” – Netizen Terhibur Lihat Gelagat Pemain MU, ‘Ngulor’ Tengah Malam Nak Main Beam

Artikel berkaitan: ”Kami bersama anda” – 2 Pemain Kelab Manchester United Bagi Kata Semangat Istimewa Untuk Faisal Halim

GsDPZWPaUAE3PNh

Sumber mengatakan, tindakan bintang terbabit dipercayai untuk membalas ejekan penyokong yang menyuarakan kekecewaan terhadap prestasi United malam tadi.

Media juga melaporkan seorang lain pemain United, Alejandro Garnacho dirakam menunjukkan isyarat lucah kepada jurukamera ketika berjalan menuju ke bilik persalinan sebaik tamat perlawanan.

GsD7 LPaUAQboiM

Rata-rata netizen mengecam tindakan tidak profesional pemain-pemain ini yang dilihat seperti tidak mampu mengawal emosi selain turut bertindak di luar batasan.

Terdahulu, skuad Asean All Stars mencipta kejutan besar dengan menewaskan United 1-0 menerusi jaringan Maung Maung Lwin pada minit ke-71.

Sumber: Harian Metro, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.