Siapa sahaja tak nervous apabila berdiri sebelah orang ternama kan? Lebih-lebih lagi jika individu itu merupakan idola kita. Lain macam dia punya gugup tu!
Situasi tersebut berlaku kepada penyanyi terkenal Black apabila dia mempersembahkan lagunya secara unplugged, bersebelahan negarawan iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.
@hanifahblack Peluang dapat menyanyi depan @chedetofficial ni mungkin sekali seumur hidup.. boleh pulak lagu sendiri pun sangkut .. ? part 1 #nyawablack #blackpirlo #nivalel #nimemangviral #tunM #fyp
Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah mempersembahkan nyanyiannya dalam sebuah acara makan malam, video yang dimuat naik dalam TikTok milik penyanyi itu menunjukkan dia duduk bersebelahan Tun M sambil mendendangkan lagu Takkan Terpisah.
Pun begitu, di hujung video tersebut Black tiba-tiba seakan black out dan terlupa lagunya sendiri, nervous sangat kot!
“Peluang dapat menyanyi depan @chedetofficial ni mungkin sekali seumur hidup.. boleh pulak lagu sendiri pun sangkut…” tulisnya dalam kapsyen.
Walaupun, Black sedikit gugup namun Tun M masih kelihatan terhibur dan tersenyum melihat gelagat penyanyi kelahiran rancangan realiti Mentor itu.
“Untunglah!”
Sudah pastinya video pendek itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen, walaupun ada yang memuji nyanyian penyandang Anugerah Bintang Popular Berita Harian itu, tetapi lebih ramai yang jealous Black dapat bertemu dengan negarawan tersebut.

Mantap lah Black!
Baca: Gara-gara Nyanyi Lagu Casablanca, Ada Netizen Labelkan Naufal Azrin ‘Murtad’ Sebab Tukar Genre

