in

Suami Tak Sengaja Rosakkan Sudip Favourite Isteri, ‘Gelabah’ Minta Bantuan Netizen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada masa kini bukan si suami sahaja yang sibuk berkerja, malah si isteri juga turut sama berkerja untuk menyara keluarga.


Jadi, tugas memasak ini perlu dipelajari oleh kedua-dua belah pihak sebagai satu ‘ikhtiar hidup’ supaya ‘tragedi’ ketika memasak di dapur tidak berlaku terutamanya buat si suami yang tidak tahu memasak.

Seperti insiden lucu yang tular di laman Facebook baru-baru ini, seorang lelaki telah memuat naik satu posting di sebuah group untuk meminta bantuan daripada netizen berhubung satu insiden ‘serious’ yang menimpanya ketika sedang ‘syok’ memasak di dapur.

Tak sengaja rosakkan senduk favourite isteri

Lelaki itu turut berkongsi gambar sudip yang tidak sengaja dirosakkan ketika menggunakannya untuk memasak. Menurutnya lagi, sudip itu adalah kepunyaan si isteri.

Apa yang lebih menakutkan, sudip yang telah cair itu merupakan sudip favourite yang selalu digunakan oleh isterinya sewaktu memasak!

Dia dikatakan sedang memasak nasi goreng dengan menggunakan sudip kesayangan isterinya sementara isterinya pula busy menghadiri kelas online.

Mungkin disebabkan haba daripada kuali yang terlalu panas menyebabkan sudip itu cair dengan sendirinya.

 

“Apa nak jawab dengan wife eh?”

Dia yang berasa ‘cuak’ dengan kerosakan yang tidak disengajakan itu sempat meminta bantuan dan idea daripada netizen tentang bagaimana cara untuk berhadapan dan menjelaskan hal itu kepada si isteri.

“Salam semua, minta tolong jap… Apa nak jawab dengan wife eh? Ada dua jam sebelum dia habis kelas online…Dah la dia selalu guna benda ni… Ke buang terus? Dah kabur masa depan ni rasanya…”

Posting yang dikongsinya di laman Facebook melalui group @Suami Masak Apa Hari Ini? pada 14 November yang lepas berjaya meraih perhatian netizen yang rata-rata berasa geli hati dan bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki ini.

Ada juga yang berseloroh menitipkan cadangan dan juga idea yang mungkin boleh digunakannya untuk berhadapan dengan si isteri.

 

“Salam takziah bang…” – Netizen

 

Nasib baik kena hukuman ‘ringan’ sahaja

Walau bagaimanapun, selepas dua jam berlalu, lelaki itu kembali untuk mengemaskini posting tersebut yang menyatakan ucapan terima kasih kepada netizen untuk segala cadangan dan idea yang dikongsikan untuk membantunya.

Tambahnya lagi, dia telah pun menjelaskan insiden itu kepada isterinya. Dia bernasib baik kerana hanya dikenakan hukuman yang ‘ringan’ sahaja oleh isterinya iaitu terpaksa menggantikan sudip itu dengan yang baru.

“Ganti balik” tu statement wife sambil senyum-senyum. Tapi tak tahulah kena ganti yang sama atau lagi mahal… Pening jugak ni… hmmm”

Min pun pernah terosakkan perkakas dapur mak min, terus campak buang je. Alhamdullilah masih lagi bernafas

Baca: “Isteri bangun pukul 2,3 petang, solat taknak, masak malas, rumah bersepah, asyik main ig dan fb je”- Suami 

Sumber: facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.