in

Suami Sah Kerja Luar Kawasan, Isteri ‘Scam’ Kahwin 3 Lelaki Lain Untuk Bolot Harta

ft isteri kahwini 3 suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seroang wanita yang sudah berstatus isteri orang berkahwin dengan lelaki lain. Lebih mengejutkan lagi, wanita itu sudah mengahwini 3 orang lelaki.

Wanita itu ‘pancing’ lelaki-lelaki tersebut saat suaminya yang sah sedang berada di luar bandar atas sebab tuntutan kerja.


Artikel Berkaitan : Baru Kahwin 3 Tahun Suami Fail Cerai Sebab Tak Tahan Pindah Rumah 18 Kali Gara-gara Isteri Takut Lipas

Artikel Berkaitan : “30 pasangan sebulan” – Permohonan Pasangan Malaysia Berkahwin Di Siam Meningkat Dua Kali Ganda

Menurut sumber, wanita dari Ting Kok, Hong Kong yang dikenali sebagai Chu itu tidak mempedulikan statusnya sebagai seorang ibu kepada seorang anak perempuan, dia memikat 3 jejaka dengan harapan dapat berkahwin dengan mereka.

Malah, Chu dikatakan ada melakukan penipuan terhadap mereka dengan menggunakan nama palsu. Sumber melaporkan bahawa Chu menjalinkan hubungan dengan setiap mangsa selama beberapa bulan sebelum berkahwin.

Bagaimanapun, Chu menggunakan taktik licik apabila dia akan cuba elak daripada membuat pendaftaran untuk berkahwin secara rasmi, Chu akan memberikan alasan yang dia perlu mengekalkan status bujang untuk mendapat pampasan daripada pihak berkuasa.

pexels deesha chandra 35981

Malah, dia cadang agar majlis perkahwinan akan diadakan dengan cara mengupah sejumlah orang supaya berlakon datang ke majlis perkahwinan.

Sepanjang tempoh perkahwinannya, dia telah membolot harta bernilai RM 419,000. Malah, sepanjang tempoh ‘perkahwinannya’ itu, Chu akan berbohong dengan dua suami lain jika mahu berjumpa salah seorang daripada mereka.

Alasannya adalah perlu melakukan bisnes di luar kawasan dengan jarak jauh buat sementara waktu. Namun, penipuannya terbongkar apabila salah seorang mangsa pergi mencarinya dan mendapati bahawa Chu ini adalah isteri sah kepada lelaki lain.

pexels su minh 12409629 1

Mengetahui hal tersebut suaminya (mangsa) memfailkan penceraian pada April lalu. Malah mangsa juga ada membuat laporan polis mengenai penipuan Chu dan Chu berdepan dengan hukuman minimum penjara 10 tahun.

Disebabkan kegiatannya terbongkar, suami sebenar juga telah mengetahui perbuatannya, kisah Chu kini sedang hangat diperkatakan di negara itu dan mengundang perdebatan ramai.

Sumber : Tribun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.