Tiada pasangan yang suka-suka untuk meruntuhkan rumah tangga sendiri. Setiap pasangan pastinya impikan perkahwinan yang bahagia.
Seorang pengguna platform X, berkongsi satu kes perceraian melalui fasakh yang pernah dikendalikan olehnya.
Menurut pengguna yang dikenali sebagai Amer Har, seorang wanita hadir ke pejabatnya dengan raut wajah yang suram bercampur malu untuk berkongsi masalah rumah tangganya.
Artikel berkaitan: Penceramah Dedah Trend H*mosek*ual Bermula Di Sekolah, Punca Kes HIV Meningkat Di Kalangan Pelajar
Artikel berkaitan: “Suami suruh saya gugur anak ni” – Isteri Kecewa Dituduh Suami Curang Gara-gara Positif HIV, Rupanya…
Suami simpan video rakaman berzina
Diringkaskan kisah wanita itu, dia mendapati suaminya telah berlaku curang dan menyimpan banyak bahan lucah sendiri dengan ramai wanita.
Perkara itu diketahui selepas dia tergerak hati untuk membuka beg laptop dan terjumpa sebuah pendrive.
“Pendrive tu penuh dengan video xxx rakaman sendiri (amatur) antara laki dia dengan ramai wanita antara (umur) 30-40 tahun.
“Video dia dengan laki dia pun ada (pengadu memang tahu yang laki dia selalu rakam video ketika ‘bersama’.”
Aku pernah handled satu case fasakh,
Si isteri came to my office, raut wajah nampak suram bercampur malu. Saya tanya dia, “Puan ada apa² masalah nak dikongsi ka?”, dia jawab, “Ya, ada tuan tapi saya malu sangat nak habaq”.
— 𝓐𝓶𝓮𝓻 𝓗𝓪𝓻 (@amr_zhn01) July 14, 2024
Katanya lagi, wanita itu menyatakan video yang dirakam kebanyakannya tidak menggunakan ‘pelindung’.
Namun, apa yang membuatkan Amer Har terkilan dan terkedu adalah apabila wanita itu memberitahunya dia telah menghidap penyakit HIV atas perbuatan suaminya.
Justeru, wanita itu meminta pendapat perundangan berhubung kisahnya dan mahu berpisah dengan suaminya.
“Berdasarkan kepada fakta kes yang diberikan oleh beliau, saya mencadangkan kepada beliau untuk memfailkan kes fasakh memandangkan didapati terdapat beberapa kewujudan elemen fasakh di bawah Seksyen 53, Enakmen Undang Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004,”
Mengulas lanjut, antara elemen fasakh itu ialah:
1. Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kezaliman atau kelakuan aniaya.
2. Berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki jahat atau hidup berperangai keji
mengikut hukum syarak.
3. Apa-apa alasan lain yg diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah hukum syarak.
Difahamkan, kes terbabit disabitkan mengikut Seksyen 53 iaitu perintah untuk membubarkan perkahwinan selepas siasatan di mahkamah dan tiada perdamaian dicapai oleh kedua-duanya.
Manakala bekas suami telah disabitkan di bawah Akta 574, Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan berkaitan ‘bahan lucah’.
Sedihnya min baca kes ni…
Sumber: X