in

Suami 66 Tahun & Isteri 27 Tahun Ditahan, Dipercayai Bunuh Anak Angkat

Syaz Ft 2024 06 11T164320.346

Pasangan suami isteri direman enam hari bagi membantu siasatan dakwaan dera anak angkat mereka yang berusia 5 tahun sehingga meninggal dunia.

Insiden itu berlaku di Taman Malkop, Silibin, Ipoh dan perintah reman ke atas suami isteri berusia 66 dan 27 tahun itu dibenarkan oleh Majistret S Punitha untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel berkaitan: Kena Kacau Ketika Buat Kerja, ‘Elmo’ Tumbuk Lelaki Hingga Cedera

Artikel berkaitan: Bayi Lelaki 6 Bulan Meninggal Dunia Dipercayai Dibunuh, Bapa Ditahan Untuk Siasatan

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan penahanan pasangan itu kira-kira 2.30 petang semalam susulan kematian mangsa.

Clipboard0 Horz

Sebelum ini, mangsa dibawa ke wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), kira-kira 9.45 pagi semalam untuk menjalani rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Merujuk kepada siaran akhbar polis, pemeriksaan ke atas fizikal mangsa mendapati terdapat kesan lebam di seluruh anggota badan dan disyaki pernah dipukul menggunakan objek tumpul.

Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematiannya disebabkan’ multiple blunt injuries’ (kecederaan disebabkan berbilang objek tumpul) serta terdapat juga luka dan lebam pada salur peranakan luar (vagina) dan dubur mangsa.

Sumber: Harian Metro