in

Studio Ini Hasilkan Beg Tangan Mini, Lebih Kecil Daripada Sebutir Garam

cats 48

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beg kebiasaannya digunakan untuk menyimpan barang seperti kunci kereta, dompet dan barangan berharga. Namun, bagaimana pula jika sesebuah beg itu dicipta dengan saiz lebih kecil daripada sebutir garam?

Baru-baru ini, sebuah studio reka bentuk produk, MSCHF ada menghasilkan sebuah beg tangan mini yang hanya boleh dilihat secara jelas dengan menggunakan kanta pembesar.


MSCHF microscope handbag designboom 02

Syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu menghasilkan beg tote menyerupai beg keluaran jenama mewah, Louis Vuitton, OnTheGo bersaiz 35 x 27 x 14 sentimeter menjadi 657 x 222 x 700 mikrometer. Sebagai perbandingan, beg yang dikecilkan itu dikatakan lebih kecil daripada sebutir garam.

Menurut wakil MSCHF, mereka bekerjasama dengan beberapa syarikat mikrobioteknologi untuk mencipta beg itu.

Sambungnya lagi, mereka menggunakan proses stereolitografi yang kebiasaannya digunakan untuk membuat struktur bioteknologi mekanikal yang kecil.

https hypebeast.com image 2023 06 mschf microscopic handbag release info 01

Difahamkan, Ketua pegawai kreatif MSCHF, Kevin Wiesner menghasilkan beg kecil ini untuk menyindir trend pembuatan bg tangan yang semakin lama semakin mengecil.

Untuk rekod, beg tangan mini itu akan dipamerkan di dalam sebuah gel tertutup di bawah mikroskop secara eksklusif dalam satu acara lelongan. Acara tersebut akan berlangsung pada 19 Jun ini.

Kredit: Kosmo

BACA: Hanya RM11,600, ‘Dumbbells’ 2kg Jenama Louis Vuitton Curi Perhatian Ramai

cats 49

 

Sumber: DesignBoom
Sumber: Hypebeast

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.