Sebenarnya tak semua pasangan mudah untuk harungi ujian lebih-lebih lagi jika tidak diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata selepas berkahwin.
Pun begitu, pastinya mereka tidak berputus asa melakukan pelbagai cara dan sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi mendapatkan seorang anak.
4 tahun TTC, rahsiakan jalani IVF
Satu perkongsian oleh @wandymohd di TikTok yang mana dia menceritakan perjalanannya bersama isteri yang pernah berusaha untuk mendapatkan zuriat. Dalam kata lain, isterinya pada ketika itu sedang menghadapi ‘TTC’ singkatan bagi ‘Trying To Conceive’.
Artikel berkaitan: “Hadiah anniversary yang terindah” – Suami Isteri Sebak Akhirnya Dapat Zuriat Selepas 16 Tahun Menanti
Artikel berkaitan: Nak Poligami Sebab Tak Ada Zuriat, Juru Makmal Dedah Lelaki Paling Banyak Masalah Kesuburan
Pasangan TTC selama 4 tahun itu pada mulanya mahu merahsiakan mengenai usaha mereka mendapatkan anak melalui proses ‘IVF’ (In Vitro Fertilization) namun ada baiknya jika kisah itu dikongsi kepada orang ramai.
Lepas dah setahun, baru aku berani nak share pengalaman kami. Sebab aku rasa penting untuk sebar awareness dan betulkan stigma masyarakat yang mudah salahkan kaum perempuan bila tak ada anak.
Isteri pesan.. mungkin dengan perkongsian ini boleh jadi asbab pasangan TTC tak putus harap.
@wandymohd asalnya memang nak rahsiakan buat IVF. tapi isteri pesan ” mungkin dgn perkongsian ni boleh jadi asbab pasangan TTC tak putus harap”. semoga bermanfaat.
Suami, isteri jalani ujian kesuburan
Selama proses mereka berikhtiar, mereka juga telah menjalani ujian kesuburan dan dia mengakui dirinya merupakan punca kenapa isterinya tidak dapat mengandung.
Korang percaya tak? Dalam situasi aku dan isteri, aku merupakan punca kenapa isteri tak dapat mengandung. Lelaki juga boleh jadi punca.
Aku tahu pun lepas aku buat fertility test. Aku turunkan ego, buang rasa malu dan keputusan menunjukkan aku juga adalah punca.
Bagaimanapun, Wandy memberi pesanan supaya orang ramai tidak menyalahkan wanita jika tidak dapat mengandung.
Semoga lepas ni kita aware dengan situasi macam ni dan stop salahkan perempuan. Aku doakan pasangan TTC dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat satu hari nanti.
Sekadar info, IVF (In Vitro Fertilization) merupakan proses di mana telur dikeluarkan dari ovari kemudian akan disenyawakan dengan sperma di dalam tabung uji. Ia sebagai bantuan reproduktif bagi membantu pasangan yang mengalami masalah kesuburan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan perkongsian video tersebut.
Allahu.. rezeki terus dapat kembar..