Pendakwah muda, Da’i Fuad yang juga merupakan salah seorang panel program TV Tanyalah Ustaz baru-baru ini telah memuat naik beberapa gambar tangkap layar konten YouTube dari seorang YouTuber yang agak terkenal.
Da’i Fuad meminta agar YouTuber ini memadamkan video-video yang dimuatnaiknya ini kerana ada unsur-unsur softporn. Jelas Fuad, setiap hari wanita sering dianiaya oleh lelaki tak kira lelaki berperwatakan Islamik mahu pun lelaki urban.
Saya tak faham apa manfaat untuk buat content yang ada unsur soft porno macam ni. Siapa lelaki yang buat ni? Saya minta buang semua video soft porn anda.”
Jelasnya lagi, walaupun YouTuber ini cuba membuat konsep ada hikmah disebalik cerita yang dipamerkan, ia masih tak logik dan mempergunakan wanita.
Analoginya mudah, takkan anda nak hidangkan Air Zam Zam dalam botol arak?”
“Setiap tahun jenayah kes rogol meningkat. Untuk tahun 2020, 5.5% kadar peningkatan kes telah berlaku. Tahu tak kenapa kita risau sangat kes rogol? sebab ianya melibatkan nasab keturunan. Rosak keturunan.”
“Stoplah jadikan perempuan modal untuk orang tengok kita”
Pendakwah ini turut meminta YouTuber tersebut untuk berhenti raih keuntungan dengan mengeluarkan konten berunsurkan maksiat dan berhenti jadikan perempuan sebagai modal untuk mendapat tontonan.
Tak cukup dengan itu, Da’i Fuad turut menasihati kaum perempuan lebih-lebih lagi yang muda untuk menjaga maruah dan lebih berhati-hati.
Adik adik perempuan kalau setakat dapat payment Rm 200- Rm 500, Tak payah ambil. Itu bukan harga maruah adik, yang tidak ternilai tinggi itu.
“Sampai bila nak diam?”
Dalam thread yang dikongsikan dalam Twitter peribadinya ini, Da’i Fuad juga sempat menyelitkan tentang isu pendakwah muda yang telah ditahan baru-baru ini.
“Owh ya saya nak selit juga, Saya maklum report polis hanya satu dibuat atas nama selebriti yang didakwa ada buat penganiayaan kepada kaum wanita. Jika adik adik ada kebenarannya, please! jangan takut.
“Sampai bila nak diam? hari ini semua kena kerjasama. Yang perempuan jaga diri, lelaki jaga iman, masyarakat tolong orang yang dianiayai. Saya tak nak apa apa. Saya cuma nak kebenaran dan keadilan.”
Jika ianya benar perkara itu berlaku, saya harap mahkamah lakukan hukuman yang setimpal Jika fitnah, bertaqwalah kita kepada Allah kita menanti siasatan daripada polis Semoga kebenaran terpancar ameen.”