in

Stadium Gaza Jadi Tapak Perkuburan Atlet Dan Penggiat Sukan

Untitled design 3

Stadium dan gimnasium di Semenanjung Gaza yang sepatutnya menjadi lokasi aktiviti pengembangan potensi atlet Palestin, kini berubah menjadi tanah perkuburan ratusan atlet serta penggiat sukan yang terkorban akibat serangan tanpa henti tentera rejim Israel.

tumblr mi30f0bkqv1rys913o2 r1 1280

Sehingga kini, sukan Palestin telah kehilangan lebih 183 pegawai dan kakitangan, termasuk atlet bola sepak, bola tampar, kru, pengarah teknikal dan pengadil, lapor Persatuan Bola Sepak Palestin (WAFA).

WAFA baru-baru ini turut melaporkan seramai 85 pemain bola sepak kelab tempatan Palestin terbunuh dalam serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sepanjang 140 hari serangan.

Menurut laporan itu, pemain bola sepak yang terbunuh termasuk 18 kanak-kanak dan 37 remaja. Selain itu, turut terkorban, jaguh karate wanita Palestin, Nagham Abu Samra, 26.

“Nagham yang juga antara atlet harapan dan mempunyai masa depan cerah dalam sukan karate turut terkorban dalam serangan Israel. Nagham meninggal dunia di Hospital Syuhada Al-Aqsa di Deir Al-Balah selepas hampir sebulan koma akibat serangan peluru berpandu di Gaza, 17 Disember lalu” 

small Favorite 1 2 3a0c3239f6

Nagham sebelum ini menarik perhatian dunia ekoran kesengsaraannya menanggung pembedahan di bahagian kakinya yang telah dipotong setelah diserang. Dia antara atlet bersinar yang akan bertanding di Sukan Olimpik, namun tidak kesampaian.

Artikel berkaitan : Palestin Terima Sorakan Gemuruh Walaupun Kalah Dalam Perlawanan Piala Asia Menentang Iran

Artikel berkaitan : Tempat Perlindungan Terakhir Rakyat Palestin Diserang Israel, Ini Apa Korang Perlu Tahu Tentang Rafah Sekarang

Atlet paralimpik turut menjadi mangsa serangan antaranya pemain bola sepak orang kerdil Palestin, Ahmed Awad Salman yang turut terkorban bersama pemain dari akademi bola sepak di Khan Younis iaitu pasangan adik-beradik di Akademi Score, Abdullah dan Muhammad Abu Sanima serta puluhan atlet bola sepak yang lain.

“Selain atlet, seorang pengadil bola sepak antarabangsa dari Palestin, Mohamed Khattab turut syahid akibat serangan tentera Israel. Khattab yang juga seorang pengadil diiktiraf Konfederasi Bola Sepak Asia dan Antarabangsa terkorban bersama keluarganya selepas rejim Zionis mengebom rumah mereka di Deir al-Balah” 

f 768x432 1

November lalu, bintang atlet sukan bola tampar Palestin, Hassan Zuaiter and Ibrahim Qassi’a turut terkorban dalam serangan yang menyasarkan Kem Pelarian Jabalia, di Gaza.

Sebelum ini Qassi’a pernah memenangi pingat gangsa dalam West Asian Beach Soccer Championship, dan pernah mewakili pasukan kebangsaan Palestin dalam Sukan Asia di China September lalu.

ae4108a5 1509 4e66 80fc 08524c6ebeac

Beberapa stadium dan kemudahan sukan di Gaza dan Tebing Barat terpaksa dijadikan tanah perkuburan para atlet yang terkorban disebabkan ketiadaan tempat lain untuk mengebumikan mereka. Tentera zionis turut menyasarkan 37 pusat pengembangan sukan lain, 17 daripadanya musnah sama sekali dan selebihnya dijadikan pusat tahanan dan penyeksaan.

Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu membunuh hampir 30,000 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 70,000 penduduk lain selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

Bila agaknya semua ini akan berakhir? Semoga rakyat Palestin yang ditindas akan terus kuat dan berjuang! 

Sumber: Harian Metro