in

SPRM Serbu Aman Palestin, Rampas Pelbagai Barangan Termasuk 4 Jongkong Emas Seberat 1Kg Setiap Satu

Ft Aman Palestin Jongkong Emas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Empat jongkong emas merupakan antara barangan yang dirampas oleh SPRM semasa siri serbuan mengenai dakwaan penyelewengan dana yang melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin Berhad.

Menurut sumber, jongkong emas yang bergred 999.9 yang dirampas itu mempunyai berat satu kilogram setiap satu.


Difahamkan, pasukan penyiasat telah pergi ke lima lokasi dalam serbuan yang dilakukan pada 24 November tersebut termasuklah pejabat Aman Palestin.

24Nt04Jm 1700811889

Selain jongkong emas tersebut, pihat penyiasat juga turut merampas tiga unit komputer riba dan juga empat unit telefon bimbit selain telah mula memanggil beberapa individu untuk keterangan mereka direkodkan.

Pihak Aman Palestin juga difahamkan ada dihubungi oleh The Star, namun masih belum ada sebarang maklum balas daripada NGO terbabit.

Artikel berkaitan : Dana Awam RM70 Juta Disyaki Diseleweng, SPRM Beku Akaun Aman Palestin

Artikel berkaitan : Usahawan Kosmetik Dakwa Dana PIBG RM16K Diseleweng Pihak Pentadbir Sekolah

Dalam masa yang sama, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki turut mengesahkan bahawa terdapat beberapa siri serbuan telah dilakukan dan menurutnya lagi, setakat ini pihaknya telah memanggil seramai 11 individu untuk disoal siasat.

Terdahulu, SPRM telah membekukan 42 akaun bank di bawah Aman Palestin yang melibatkan jumlah lebih RM25 juta selepas suruhanjaya tersebut menyiasat dakwaan NGO berkenaan telah menyalahgunakan sumbangan orang ramai.

Sumber : The Star

Sumber: hmetro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.