in

“Spiderman yang sebenar”- Pelakon Filem Spiderman, Andrew Garfield Nyata Sokongan Pada Palestin

Andrew Garfield

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain pelakon dan artis Malaysia, selebriti luar negara terutamanya di Hollywood juga ramai yang menyatakan sokongan mereka kepada penduduk Palestin yang setiap hari terpaksa berdepan dengan keganasan Israel.

Terbaru, pelakon yang popular dengan filem The Amazing Spider-Man dan The Amazing Spider-Man 2 iaitu Andrew Garfield telah menyatakan sokongannya terhadap penduduk Palestin di Gaza.


Andrew Garfield telah menyatakan perkara tersebut ketika satu rancangan temu bual bersama pelakon, Josh Horowitz.

@middleeasteye

Actor Andrew Garfield calls for ‘putting our hearts and energy’ with Palestinians in Gaza “What could be more important right now?” “Maybe the lives of Palestinians in Gaza right now…” Andrew Garfield, known for playing the lead role in The Amazing Spider-Man, called for people to put their “hearts” and “energy” towards Palestinians in Gaza during a podcast appearance on Thursday with Josh Horowitz in New York.

♬ original sound – Middle East Eye

Artikel Berkaitan: “Berani betul dia!” – Pakai ‘Dress’ Fabrik Keffiyeh, Netizen Kagum Dengan Bella Hadid

Artikel Berkaitan: Ini 7 Selebriti Terkenal Yang Tetap Sokong Palestin Walau Hilang Pekerjaan

Dalam program bual bicara tersebut, Andrew telah mengatakan bahawa masyarakat di dunia ini perlu memberikan perhatian kepada perkara yang lebih penting aekarang ini seperti nyawa rakyat Palestin di Gaza.

Sedutan dari program itu kemudiannya telah dikongsikan oleh akaun TikTok Middle East Eye semalam.

Kenyataan Andrew Garfield itu kemudiannya disambut dengan sorakan oleh penonton di situ.

Meninjau ke ruangan komen, ramai warganet luar negara memuji tindakan Andrew itu dan ramai juga yang mengatakan Andrew merupakan Spider-Man dalam dunia nyata kerana dalam filem tersebut, Spider-Man menyelamatkan orang-orang yang dalam bahaya.

6 1

Sumber: TikTok Middle East Eye

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.