in

Ini Kronologi Insiden Pertembungan Dua LRT Di Laluan Kelana Jaya Semalam

Collage 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penafian: Artikel ini mengandungi beberapa gambar yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.



Semalam, rakyat Malaysia digemparkan dengan berita kemalangan kereta api yang berlaku akibat pertembungan antara dua LRT di laluan Kelana Jaya.

Kalau korang nak tahu, ini merupakan insiden LRT paling teruk dalam sejarah sejak ia memulakan operasi pada tahun 1996. Malah, tak ramai yang sanggup untuk melihat gambar-gambar yang tular di media sosial sejak malam tadi.

Tapi apa yang berlaku sebenarnya?

LRT 181 dan 240 bertolak dari stesen masing-masing

Lebih kurang jam 8.30pm, LRT 181 dan 240 telah meninggalkan stesen KLCC dan Kampung Baru dan masing-masing bergerak ke arah bertentangan.

LRT 181 telah membawa seramai 213 penumpang dan bergerak dengan kelajuan 40km/j manakala LRT 240 yang berkelajuan 20km/j pula tak mempunyai penumpang dan hanya dikendalikan oleh seorang operator yang membawa kereta api tersebut secara manual menuju ke Gombak untuk diselenggara.

Pertembungan antara LRT 181 dan 240

Perlanggaran kepala di antara dua LRT ini telah berlaku di trek bawah tanah berhampiran stesen KLCC menyebabkan 47 penumpang cedera parah dan 166 penumpang lain alami cedera ringan.

Dalam masa kurang dari satu jam, pasukan penyelamat telah tiba di kawasan kemalangan dan seramai 64 penumpang telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk diberikan rawatan.

Punca kemalangan

Untuk pengetahuan korang, insiden ini masih lagi dalam siasatan, Ketua Polis Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah mengatakan kemalangan ini mungkin berlaku akibat dari berlaku salah faham ketika berkomunikasi di pusat kawalan laluan tersebut.

Dikatakan, operator yang memandu LRT 240 tak boleh “mengesan” LRT 181 yang menuju ke arahnya akibat dari miscommunication serta dua LRT ini tak sepatutnya berada di trek yang sama.

Bagaimanapun, sebuah pasukan telah dibuat bagi menyiasat kemalangan ini manakala Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong sedang menanti laporan awal daripada Agensi Pengangkuta Awam Darat hari ini.

Train Accident 2 1 1024X687 1

Sumber: FMT

 

Baca: 213 Mangsa Kemalangan LRT Bakal Dapat RM1,000 Seorang

Collage 38

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.