in

“Skuad penembak dah ready” – Korea Utara Tembak Mati Rakyatnya Lepas ‘Kantoi’ Langgar Peraturan Pencegahan Covid-19

Ft Korea Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korea Utara kini menjalankan hukuman tembak sampai mati secara terbuka kepada sesiapa sahaja rakyatnya yang didapati bersalah melanggar peraturan Covid-19.


 

Lelaki ditembak mati, ‘kantoi’ seludup di sempadan

Pada 28 November yang lepas, hukuman ini telah pun dilaksanakan secara ‘langsung’ apabila seorang lelaki yang merupakan rakyatnya sendiri telah ditembak mati oleh skuad penembak gara-gara ‘kantoi’ menyeludup di kawasan sempadan antara China yang telah ditutup sepenuhnya.

Menurut sumber, kawasan sempadan dengan China itu telah ditutup untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 ke dalam negaranya.

Korea Peta

 

Dasar kuarantin tahap ‘ultra’ tinggi

Memetik laporan Daily Mail, walaupun Korea Utara mendakwa bahawa negara mereka tidak pernah mempunyai kes Covid-19, namun Kim Jong-un tetap menetapkan dasar kuarantin tahap ‘ultra’ tinggi di samping mewujudkan sebuah pasukan penembak yang bersedia untuk menembak sesiapa sahaja yang ‘berani mati’ untuk merentasi sempadan China tersebut.

 

Takutkan rakyat supaya patuh peraturan Covid-19

Feat Korea Sniper

Tujuan penubuhan skuad penembak untuk melaksanakan hukuman tembak sampai mati secara terbuka ini adalah untuk ‘mengugut’ rakyatnya yang tinggal berhampiran kawasan sempadan supaya mematuhi peraturan pengekangan pandemik Covid-19 ini. .

Hal ini disebabkan terdapat banyak urusan perhubungan dengan mereka yang berada di seberang sempadan termasuklah aktiviti penyeludupan.

 

Lelaki usia 50-an, individu pertama ditembak mati

Individu pertama yang dijatuhkan hukuman mati tersebut dikatakan adalah seorang lelaki yang berusia 50-an. Dia telah dituduh menjalankan aktiviti penyeludupan dengan seorang rakan perniagaan dari China di kawasan sempadan yang telah ditutup sejak tahun 2020 ini.

Negara China merupakan negara terbesar yang menjalankan hubungan perniagaan dengan Korea Utara di samping memberi bantuan kecemasan. Walau bagaimanapun, hubungan antara kedua-dua negara ini menjadi semakin merudum sehingga 75% akibat pandemik yang melanda.

Disebabkan rasa takut sekiranya aktiviti penyeludupan ini bakal membawa masuk virus Covid-19 ke dalam negara, Kim Jong-un telah mengerah tenaga tenteranya untuk mengawal setiap pintu sempadan untuk menghalang kemasukan orang ‘asing’.

 

Unit ‘khas’ pula untuk kawal pengawal sempadan

Korea Tengok

Bukan setakat itu, Pyongyang juga telah menghantar unit ‘khas’ mereka untuk memeriksa dan memerhati tindak-tanduk setiap pengawal yang menjaga pintu sempadan supaya mereka sendiri tidak menjadi ‘tali barut’ yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan tersebut.

Pegawai pun kena hukum mati. Apatah lagi rakyat marhaen. 

Baca: Lima Pegawai Atasan Korea Utara Dibunuh Selepas Kritik Polisi Kim Jong-Un Baca Korea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.