Semakin lama, semakin memburuk.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini telah menyuarakan rasa terkejut mereka dengan peningkatan mendadak kes jangkitan dan kematian COVID 19 di India.
Menurut Berita Harian, Tedros Adhanom Ghebreyesus ketua badan ini berkata, keadaan di negara tersebut kini ‘lebih daripada menyayat hati’ atau ‘beyond heartbreaking’ dan segala usaha kini telah diselaraskan bagi membantu negara tersebut.
WHO akan lakukan segala yang kita berupaya bagi membekalkan peralatan kritikal dan bekalan perubatan.
“Setakat ini, ribuan mesin oksigen, peralatan hospital mudah alih dan bekalan makmal sudah dihantar.
“WHO juga memindahkan lebih 2,600 pakar pelbagai program di lapangan termasuk polio dan batuk kering, untuk membantu pihak berkuasa perubatan India menangani pandemik ini,” katanya.
Bakar mayat tak berhenti, keluarga pula rayu minta oksigen di media sosial
Menerusi perkongsian di Twitter, rata-rata netizen dan penduduk di sana menggambarkan krisis COVID 19 di India telah mencapai tahap kritikal di mana hospital tidak dapat menampung pesakit dan pusat pembakaran mayat pula kini beroperasi tanpa henti.
A crematorium in New Delhi, India on Monday continued to do mass cremation of those who died from #COVID19.
The Indian health care system has struggled to cope with a huge surge in COVID-19 cases, leaving patients' families begging for help on social media. Adnan Abidi/Reuters pic.twitter.com/tjkCi1s7pa
— ABS-CBN News (@ABSCBNNews) April 27, 2021
Malah lebih sedih lagi, peningkatan kes yang mendadak nampaknya telah meruntuhkan institusi kesihatan di sana yang mana menyaksikan keluarga pesakit terpaksa merayu di media sosial meminta bekalan oksigen dan katil kosong di hospital. Allahu… kesiannya.
New Delhi kini telah bertindak melanjutkan lagi perintah berkurung mereka selama satu minggu lagi.
COVID is ravaging India. Take the time to watch this.
Reporting by @yogital. https://t.co/UHOs1v6Gv1
— Amarnath Amarasingam (@AmarAmarasingam) April 22, 2021
Sehingga kini, India yang mempunyai penduduk sebanyak 1.3 bilion itu telah menjadi ‘hot spot’ terbaru bagi wabak COVID 19 yang kini telah menjangkiti 148 juta mangsa dan mengorbankan lebih 3.1 juta nyawa di seluruh dunia.
India telah mendapat bantuan daripada beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat dan Britain yang menghantar ventilator dan bahan vaksin bagi menangani masalah pandemik tersebut yang makin memuncak.
Negara tersebut telah mencatatkan lebih 195,000 kematian dan mendaftarkan lebih 300,000 kes baharu semalam dengan 2,812 kematian, iaitu yang tertinggi semenjak permulaan pandemik.
Marilah kita doakan semoga mereka yang terkesan dengan wabak ini cepat pulih. Kesian tengok situasi di sana.
Baca: Tertinggi di Dunia! India Catat Kes Harian COVID-19 Lebih 314,000