in

Siti Nurhaliza Mendonia! Anta Permana Jadi Pilihan Raja Charles III Dalam Senarai Playlist Peribadinya

anta permana pilihan raja charles III

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sungguh tak terjangka! Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mengharumkan nama negara apabila lagu nyanyiannya, Anta Permana telah menjadi pilihan Raja Charles III untuk dimasukkan dalam senarai ‘playlist’ peribadinya.

Lagu berkenaan telah menjadi sebahagian daripada program The King’s Music Room di aplikasi Apple Music, yang menghimpunkan pelbagai karya dari negara-negara Komanwel sebagai meraikan kepelbagaian muzik dunia.


Siti Nurhaliza Rio Films Anta Pernama MV Klip Video

Nama Siti Nurhaliza juga tersenarai bersama nama-nama besar seperti Beyonce, Bob Marley, Kylie Minogue dan Grace Jones yang sekaligus membuktikan bahawa lagu muzik dari Nusantara juga turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Dalam playlist tersebut, rakaman suara Raja Charles III juga menyebut,

Lagu seterusnya ini adalah daripada penyanyi terkemuka Malaysia, Siti Nurhaliza. Ia dipanggil Anta Permana. 

“Lagu ini menceritakan tentang cinta, yang lebih utuh dari masa,” kata Raja Charles III.

Artikel berkaitan: “Bertahun aku tunggu performance ni, kau lupa on-kan mic??” – Peminat Tak Puas Hati Dengan Stesen TV, Tokti ‘Bisu’ Masa Persembahan Anta Permana

Artikel berkaitan: Mesej Tersirat Lagu Anta Permana Menceritakan Datuk Seri Siti Nurhaliza Nak Bersara?

Sebagai info, Anta Permana merupakan lagu ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini yang telah diterbitkan pada tahun 2018.

Rata-rata netizen yang menerima berita ini terutamanya peminat kepada Siti Nurhaliza meluahkan rasa bangga dengan kejayaan penyanyi tersebut yang berjaya merakam lagu yang menjadi pilihan kepada Raja Britain.

hebat

Tak sangka Raja Charles III pun Sitizoners ye! Hiks! 

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.